Assalamualaikum wtb..
sedar tak sedar dah pertengahan dah da..bulan syaaban...(nisfu syaaban) puasa sunat jangan lupa tau..
~BENAR mahupun tidak, dikatakan kebanyakan masyarakat hari ini khususnya generasi muda agak 'sukar' mengungkapkan ucapan 'terima kasih' dalam kehidupan seharian ekoran dianggap ia bukanlah satu perkara penting.
Rencana dua siri ini cuba menyingkap akan fenomena sedemikian.
Bahagian pertama menyusuri pembaca kepada senario-senario yang dipandang 'enteng' mahupun terlepas pandang oleh segelintir pihak akan kepentingan di sebalik alunan, terima kasih.
Mudah sahaja sebutannya malah kanak-kanak kecil pun sudah mampu melontarkannya dengan baik. Namun, ia masih berat dan kelu untuk dijadikan pakaian lidah bagi segelintir manusia.
Walhal, ia hanyalah sekadar dua patah perkataan, terima kasih, dan rasanya tidak memerlukan pergelutan lidah bagi menyebutnya. Kalau diajukan 'mengapa', semuanya berbalik kepada realiti semasa yakni, hampir kebanyakan daripada kita mengambil mudah atau sambil lewa akan perkataan itu.
Sikap sedemikian akhirnya menjurus kepada pembentukan sahsiah keperibadian diri, merasakan tiada keperluan ucapan itu, lantas menyebabkan segelintir kita tidak ambil kisah untuk mengungkapkannya.
Namun, tanpa disedari adakalanya kita turut mempersoalkan keperibadian seseorang berikutan tiada ucapan terima kasih dipertuturkan, sekali gus memberi erti bahawa ucapan itu sangat bermakna.
Bagaimanapun, sebelum menimbal kepada orang lain, tanya diri sendiri dahulu sama ada sudahkah kita mengucapkan terima kasih hari ini ataupun adakah ia menjadi amalan seharian kehidupan kita?
MAHALNYA TERIMA KASIH
Begitu mahalnya ucapan itu, sehingga adakalanya perlu diingatkan terlebih dahulu untuk berbuat demikian dan ia adalah satu keadaan yang sangat 'menyedihkan'.
Sebagai masyarakat timur, ia bukanlah satu senario 'asing' pengamalan budi bahasa dan nilai-nilai murni termasuklah pengucapan terima kasih kerana ia menjadi kebanggaan warisan masyarakat terdahulu.
Namun, cabaran globalisasi dan peralihan sikap yang memperlihatkan kepada penjurusan sahsiah individualistik, materialisme, menyebabkan segelintir daripada kita 'lupa' atau sengaja membuat lupa akan kepentingan penggunaan nilai itu.
Walhal, nilainya tidak pernah lapuk dek zaman malah diguna seluruh dunia. Ia dituturkan oleh semua bangsa dari dahulu sehinggalah sekarang. Yang membezakannya, hanyalah bunyi ucapan itu sahaja.
Bagi orang Cina, ia disebut 'xie xie', bangsa Arab, 'syukran jazilan', bahasa Inggeris, 'thank you' dan bangsa France pula menyebutnya 'merci'.
Biar apa pun sebutannya, namun tujuannya tetap sama, yakni sebagai lambang penghargaan betapa kita menghargai apa yang dilakukan oleh orang itu kepada kita.
Ucapannya mudah, namun nilai di sebalik perkataan ini sangat bermakna kepada seseorang dan boleh memberikan kebahagiaan, kegembiraan kepada si penerima.
Dalam Islam juga, terima kasih turut disesuaikan dengan kalimah 'syukur', yakni diucapkan bagi menyatakan perasaan gembira sebaik menerima sesuatu nikmat, rezeki sebagai menghargai anugerah pemberian Allah.
MOTIF, TERIMA KASIH?
Secara jujurnya, berapa ramai antara kita mempratikkan pengucapan kalimah itu kepada pemandu bas, teksi, petugas tol, kaunter dan seumpamanya? Berapa ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan yang membuka pintu untuk anda?
Pernahkah anda menuturkan perkataan itu kepada pembantu kafeteria yang menolong mengutip pinggan atau gelas kotor yang kita gunakan? Dan terucapkah anda terima kasih kepada pencuci pejabat apabila meja tempat kerja anda dibersih dan dikemaskan?
Ambil masa dan fikir sejenak.
Itu hanya sebahagian sahaja kerana masih banyak lagi senario yang memerlukan pengucapan terima kasih itu dilontarkan namun dipandang 'remeh' oleh segelintir manusia.
Paling tidak dimasuk akal apabila ada bermentalitikan pekerja-pekerja ini tidak sewajarnya menerima ucapan terima kasih kerana sudah menjadi kewajipan mereka.
Biar apa alasannya sekali pun, tiada salahnya untuk menzahirkan terima kasih kerana ia menandakan seseorang itu mempunyai nilai-nilai serta moral yang tinggi dalam dirinya.
KADANG-KALA KITA LUPA
Terlalu menjaga hati orang lain, rakan, pihak atasan, adakalanya kita 'lupa' untuk menghargai ahli keluarga, walhal ibu bapalah yang bertungkus-lumus tanpa mengira perih dan sukarnya membesarkan anak.
Bagaimanapun, anak (bukan semua) merasakan pemberian berbentuk 'kebendaan' sudah cukup sebagai erti kasih, hormat dan lambang balasan terhadap masa, wang dan sayang yang dicurahkan oleh orang tua mereka.
Hakikatnya, ucapan terima kasih itu sangat bererti dan merupakan hadiah paling mahal, bermakna bagi seseorang berstatus ibu dan ayah. Untuk itu, keluarga merupakan 'kunci' dalam proses penyemaian nilai-nilai murni dalam keperibadian anak.
Didik sejak kecil, ringankan mulut untuk menuturkan ucapan terima kasih kepada anak biarpun ia hanyalah sekadar menolong mencuci kereta, mengambil surat khabar kerana ini juga boleh mengeratkan silaturahim antara keluarga.
Tidak mustahil, pengucapan terima kasih akan sentiasa terucap di bibir anak mereka biarpun sudah melangkaui dewasa.
TINGKAT MOTIVASI
Tidak salah bagi seorang 'ketua' menzahirkan perkataan itu kepada pekerjanya di atas tugasan yang telah disiapkannya.
Biarpun ketua, tidak semestinya ucapan terima kasih itu tidak perlu dipraktikkan kerana selagi anda menghormati pekerja, sejuta kali mereka akan menghormati anda.
Selain mewujudkan atmosfera harmoni di tempat kerja, ia juga psikologi terbaik untuk menghargai pekerja anda, kata Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Perunding Psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kepada Bernama. Ia sebutan mudah lagi ringkas, yang dapat menambah rasa hendak memberi dan menghulur sesuatu berulang kali malah lebih baik daripada sebelumnya, sekali gus meningkatkan lagi produktiviti pekerja.
"Dalam sesuatu organisasi, budaya apresiasi penting kerana akan membuatkan mereka lebih bersemangat, bermotivasi untuk bekerja dengan lebih kuat sekali gus akan meningkatkan lagi kecemerlangan organisasi," katanya.
Namun, pekerja pula jangan sekadar mengharap 'ketua' sahaja mengalunkan ucapan itu kerana diri anda juga seharusnya menjadikan kalimah itu sebagai pakaian lidah dalam kehidupan seharian.
Walaupun ia hanyalah sekadar dua patah perkataan, namun nilai tersembunyi di sebalik ucapan 'terima kasih' itu tidak patut dipandang remeh kerana ia lebih berharga daripada wang ringgit! -
p/s..: dalam kehidupan..pernahkan kita ucapakan terima kasih kepada..ibubapa..abang. kakak..adik..kawan..cikgu.majikan mahupun orang yang tersayang...fikirkan..?????
sumber...my star online
merungkai setiap persoalan disini..
panduan bersama menuju kehidupan yang lebih baik
CERITA TERBARU
Lencana Facebook
Wednesday, 4 July 2012
Monday, 2 July 2012
cinta pandang pertama..IKHLAS @ SEKADAR NAFSU..!!!!
~selasa..08.12 pagi...
Assalamualaikum wtb...salam satu malaysia..
bercakap soal cinta pandang pertama...semua daripada kita pernah melaluinya...dengan ragam dan cerita masing2...sama ada lelaki mahupun wanita..cinta pandang pertama bukanlah perkara baru bagi kita..lebih2 lagi mereka yang pernah bercinta....
kata orang tua..cinta pandang pertama..selalunya timbul..ataupun berlaku dalam pelbagai situasi...contoh...
1) ketika rombongan pihak lelaki datang merisik rombongan perempuan..bagi yang belum bertemu..
2) kenal melalui handphone..@ facebook..laman2 sosial lain...dan bertemu untuk kali pertama..
3) kawan rapat sewaktu kecil @ kawan sekolah..dan bertemu..setelah lama tidak mendengar khabar,,
4) seseorang yang diminati secara diam2..
5) berada didalam situasi yang tidak disangka..contoh..terlanggar..kebetulan dan pelbagai situasi lain..
selalunya..cinta pandang lahir ada 2 factor...iaitu...sebab ketampanan..kecantikan seseorang itu yang juga boleh dikatakan lebih kepada nafsu..dan yang ke 2...oleh kerana kebaikan..budi pekerti yaang selalunya lahir ihklas didalam hati..
bercakap soal cinta nafsu...adakah ia sebenarnya terjadi kepada semua yang mengalami cinta pandang pertama..??? ini tidak kita nafikan..kerana semuanya akan melihat kearah itu...tetapi jarang sekali kita mendengar kerana kebaikan dan keikhlasan seseorang seperti yang banyak kita lihat didalam filem2 hindustan..
tapi sayangnya..cinta pandang pertama..tidak semuanya menjadi kenyataan..ada yang terhenti setakat pertemuan kali pertama..dan tidak kurang juga yang cinta tidak berbalas..
namun cinta pandang pertama..banyak yang akan menilainya...lebih kepada nafsu..namun ianya boleh jadi cinta buat selama-lamanya..mungkin juga teman hidup dan tak mustahil jadi pasangan hidup anda..sapa tahu...""jodoh ditangan TUHAN..""
semuanya bergantung kepada cara kita untuk memjadikanya bagaimana. sekadar nafsu..@ ikhlas didalam hati..namun percayalah..jika kita benar2 ikhlas ... insaalah ianya akan jadi milik anda...
tidak semua daripada kita.....tidak tahu..siapakah jodoh ataupun pasangan hidup kita..jika situasi cinta pandang pertama ini terjadi..biarlah kita melihat kepada semua aspek..bukan sekadar rupa dan penampilan..kerana cinta dan kasih sayang kita..bukan mudah untuk diberikan begitu saja...jangan jadikan ia sesuatu yang amat memedihkan..oleh itu berhati2 lah..
sama ia sekadar nafsu@ ikhlas dari dalam hati semuanya terpulang pada respon anda...
~apapun mad sendiripun tak tahu...semuanya yang mad tengok...semuanya macam cinta pandang pertama..
huhuhuhu...

Thursday, 28 June 2012
budi bahasa budaya kita..
29/06/2012..jumaat.
08..12am....
Assalamualaikum wtb...salam 1 malaysia..
sebelum mad memulakan coretan kali ini...izinkan mad berpantun....
"cik adik manis..sungguhlah lawa
bersiar-siar diwaktu pagi..
orang berbudi kita merasa
budi bahasa budaya kita.."
kata orang yang cantik itu budi..
yang indah itu bahasa...semua daripada kita mengetahui..bahawa rakyat malaysia terkenal kerana santun budi bahasanya yang tinggi...sifat merendah diri...sopan dan lembut ketika berbicara..tunduk hormat menghormati..semuanya adalah nilai2 murni yang mencerminkan budaya kita......yang patut kita terap didalam individu setiap daripada kita...
ramai diantara kita..mengakui dan tahu nilai2 budaya itu..namun sayang sekali..masih ramai yang tidak tahu untuk diterapkan didalam diri kehidupan harian...
banyak perkara yang boleh kita tunjukkan...didalam nilai budaya kita ini...senyum....bercakap dengan sopan dan lain2 lagi..tapi sayangnya sekarang..kebiasaan daripada kita...jumpa kawanpun susah nak ucapkan salam apalagi bersalam....bercakap tak sopan langsung." contoh.." hoi tak ada mata ke.." buat muka sombong....perkara2 ni..kadang2 kita terlepas pandang......beginikah hidup orang yang berbudi bahasa...
kita manusia..dikurniakan kelebihan didlam diri masing2..ada yang cantik..ada yang kacak..tapi jarang sekali yang mempunyai sifat kesopanan yang baik...

Wednesday, 27 June 2012
perlukah berdiam diri....?????
28/06/2012'''
08.45am.....
assalamualaikum wtb......
walaupun mood tak seberapa baik...walaupun hati sedih..sakit..ada saja perkara yang serba tak kena...namun hidup tetap harus diteruskan....lemparkan senyuman manis agar hidup sentiasa positif mengharungi setiap dugaan yang datang silih berganti.." kata orang2 tua.." semakin sayang tuhan itu kepada hambanya..semakin banyak dugaan yang akan diberikan..""" namun harus sentiasa diingat...DISEBALIK KEPAHITAN ITULAH TERSEMBUNYI KEMANISAN....amin..
dalam hidup ada saja perkara yang membuatkan kita rasa tak kena...sama ada ia nya datang dari kerja seharian...kawan2..family mahupun orang yang tersayang...dan kadang2 rasa yang tak kena ini..membuatkan kita mengambil jalan mudah...untuk berdiam diri..kerana malas nak bertengkar..kerana menjaga perasaan seseorang....namun persoalannya perlukah kita berdiam diri...???
bila seseorang berdiam diri..mesti ada sesuatu yang menyebabkanya begitu..pokok tak kan bergoyang tanpa angin...kata hazama..:'tanya sama pokok..""ketidakpuasan hati..kekecewaan diri..kerana sayang seseorang itu akhirnya kita terpaksa berdiam diri..bukan kerana takut..bukan kerana mengalah..tetapi kerana tidak mampu lagi untuk menjelaskan..ataupun tiada peluang dan masa yang tidak sesuai..
berdiam diri..bukanlah satu jalan yang baik jika kita menghadapi masalah..namun bagi mad sendiri...tidak salah jika ianya adalah untuk kebaikan...kerana kita takut bila disuarakan akan menambahkan lagi kekeruhan dengan apa yang terjadi..
tidak salah sebenarnya untuk kita mendiamkan diri..tetapi jika kena akan situasinya...tapi tidak semua perkara harus diselesaikan dengan berdiam diri..
satu pihak akan berkata dan fikir yang bukan2...satu pihak lagi akan buat perkara yang sama..dan akhirnya..jadi serba salah....masing2 menyalahkan antara satu sama lain..tidak tahu yang mana benar yang mana tidak....??
namun...bagi mad sendiri...semua kita ada sebab mengapa kita berbuat demikian...!!! namun kerana manusia ini memang tidak lepas dari segala sifat ego..lebih2 lagi kaum lelaki..bagi kita biarlah masa yang akan menentukan.....(...jangan jadi dendam sudah...!!!)
~p/s..berdiam diri untuk kebaikan adalah satu tindakan yang bijak..
tetapi berdiam diri hanya kerana keegoan adalah satu tindakan yang sia-sia..
sebaik.baik kita adalah manusia yang mahu mengakui kesalahanya...dan mengalah demi kebaikan bersama..
percayalah....

Subscribe to:
Posts (Atom)