AMPANG: Seorang lelaki dikatakan sanggup bertindak mengelar tangannya sendiri selepas usaha memujuk bekas isteri supaya kembali bersamanya tidak berhasil.
Malah, lelaki berusia lewat 20-an itu dipercayai hampir menikam perutnya dengan sebilah pisau yang ‘sama digunakan itu namun sempat dihalang bekas adik iparnya yang menyaksikan kejadian itu, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, sumber berkata lelaki terbabit datang ke rumah keluarga bekas isterinya dipercayai untuk memujuk wanita itu untuk kembali hidup bersama.
Difahamkan, pasangan terbabit berpisah lebih tiga bulan lalu sebelum wanita itu berpindah ke rumah ibunya di Hulu Klang, di sini.
“Sebaik tiba di pekarangan rumah keluarga bekas isterinya itu, lelaki terbabit menjerit meminta mangsa keluar dan merayu supaya wanita itu menerimanya semula dan pulang ke rumah mereka.
“Bagaimanapum mangsa menolak permintaan bekas suaminya itu menyebabkan dia mengeluarkan pisau daripada seluar dan mengacukan ke arah mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa terkejut dengan tindakan bekas suaminya dan menjerit meminta agar tidak mencederakan dirinya.
Difahamkan, mangsa kemudian bergegas masuk ke dalam bilik menyebabkan bekas suaminya itu tertekan.
Sumber berkata, bekas suami mangsa kemudian mengugut mahu mencederakan dirinya sendiri jika mangsa tidak mahu mengikutnya pulang ke rumah.
“Adik perempuan mangsa yang mendengar bunyi bising bangun dari tidur dan melihat bekas abang iparnya sedang mengelar tangannya sendiri sebelum bertindak mengacukan pisau ke arah perutnya.
“Terkejut melihat tindakan itu, dia memujuk bekas abang iparnya itu supaya bertenang dan pulang ke rumah selain memberitahu kononnya akan memujuk kakaknya selepas itu,” katanya.
Sebaik lelaki itu pulang, mangsa dan adik perempuannya ke balai polis berhampiran membuat laporan berhubung kejadian itu kerana bimbang dicederakan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Iamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
No comments:
Post a Comment
SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..