CERITA TERBARU

Saturday, 10 December 2011

KEPALA PEMUDA BERBENTUK GANJIL [GAMBAR]

nina bersama anaknya gator yang mempunyai bentuk
kepala ganjil


QUEEN – Sekumpulan doktor di Britain terpaksa membuang separuh tengkorak seorang lelaki, Steve Gator selepas dia diserang oleh dua lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Gator, 26, yang bekerja sebagai pemandu kren sedang dalam perjalanan pulang dari kilang tempat dia bekerja pada 15 Januari lalu apabila dua remaja menjerit kata-kata kesat terhadap seorang sepupunya.

Berang dengan perbuatan itu, Gator cuba berdepan dengan mereka tetapi dia ditumbuk dengan kuat menyebabkan kepalanya cedera teruk akibat terhantuk pada simen bahu jalan.

Dia kemudian pergi ke sebuah hospital dekat sini untuk mendapatkan rawatan.

Doktor-doktor terpaksa membuang bahagian hadapan tengkorak pekerja kilang itu selepas otaknya membengkak.

Pihak hospital turut memberitahu ibunya, Nina bahawa peluang anaknya untuk terus hidup amat tipis tetapi Gator selamat selepas koma selama dua minggu.

“Dahulu, dia gemar berdikari. Kini Gator tidak boleh bekerja. Cuma terdapat kulit kepala yang melindungi otaknya. Kami masih menanti plat tengkorak baru untuk anak saya,” kata Nina.

Wanita itu lebih kecewa apabila mengetahui pihak pendakwa raya telah menggugurkan pendakwaan terhadap dua samseng remaja yang menyerang anaknya kerana kekurangan bukti. – Agensi



No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku