CERITA TERBARU
Lencana Facebook
Wednesday, 21 December 2011
.isu remaja
BERCINTA DENGAN LELAKI PSIKO? OH TIDAK! BAGI YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN BERCINTA DENGAN LELAKI SEPERTI INI PASTI AKAN BERASA SERIK. APA TIDAKNYA, KEHIDUPAN KAMU SEPERTI DISELUBUNGI MISTERI. ADAKAH KAMU SANGGUP MENERUSKAN PERHUBUNGAN INI SEDANGKAN KAMU TAHU AKIBATNYA JIKA KAMU MENERUSKAN JUGA. JOM KENALI JENIS-JENIS LELAKI SEBEGINI!
1. Tidak menunjukkan sikap sebenar
Perkenalan awal kamu dan si dia indah belaka. Maklumlah baru pertama kali berjumpa. Si dia pula pandai memikat hati dengan menunjukkan rasa sayangnya kepada kamu dan menghulurkan bantuan, malah tidak tercuit langsung sikap negatifnya di hadapan kamu. Lelaki jenis ini akan cuba memikat kamu dengan menunjukkan kebaikannya terlebih dahulu sehingga kamu merasakan dialah lelaki yang paling sesuai untuk dijadikan teman hidup sedangkan hakikatnya dia bukan lelaki seperti itu.
2. Manis mulutnya
Untuk pengetahuan kamu, lelaki psiko ini mempunyai sifat yang manis mulut. Bak kata orang, lembut gigi dari lidah dan kamu boleh terlentok dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Baginya untuk memikat hati kamu haruslah menggunakan perkataan yang mampu mencairkan kamu. Kamu harus berhati-hati dengan lelaki seperti ini. Jangan mudah tertipu dengan kata-katanya. Seelok-eloknya kamu selidiki terlebih dahulu latar belakangnya.
3. Pandai berlakon
Lelaki psiko memang pandai berlakon kerana mereka mempunyai dua personaliti. Bahkan lelaki jenis ini boleh berubah watak menjadi seorang individu yang sangat penyayang kepada individu agresif. Jika dari awal lagi kamu telah nampak akan tanda-tanda si diamempunyai sikap seperti ini, lebih baik kamu tinggalkan sahaja. Walaupun kamu sangat menyayanginya, kamu perlu memikirkan masa akan datang, mampu atau tidak si dia membahagiakan kamu?
4. Setiap pergaduhan membawa kecederaan
Walaupun telah lama menjalinkan hubungan, si dia sukar mempercayai kamu. Si dia selalu bersikap curiga dan menuduh kamu yang bukan-bukan. Meskipun kamu berterus-terang dengannya, si dia tetap tidak menerima penjelasan yang kamu berikan. Kemuncaknya, kamu dan si dia mula bergaduh sehingga membawa pada kecederaan. Si dia sudah pandai mengangkat tangan dan mencederakan kamu tanpa rasa bersalah. Sepatutnya si dia melindungi diri kamu dan bukannya memperlakukan kamu seperti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..