CERITA TERBARU

Saturday, 10 December 2011

Pelakon Buat Gangguan Seksual Terhadap Pramugari

Keji! Itu je perkataan yang sesuai dilontarkan kepada pelakon lelaki yang dah mencecah usia tua gayut ni. Hidup bahagia berumahtangga, tapi entah apa yang tak puas lagi gamaknya. Mungkin, pelakon ini mengeletar sangat tengok kemontokan pramugari ini sampai terlupa anak bini dekat rumah gamaknya.

Al-kisahnya, pramugari ini telah mengadu mengenai sikap pelakon ini yang sentiasa ligat memerhatikan dirinya daripada atas hingga bawah. Atas dasar bekerja, pramugari ini masih mengekalkan sikap profesional dan tak mengendahkan pandangan nakal pelakon tua tersebut. Agaknya, persalinan kebaya yang disarung oleh pramugari itu memberikan ilham kepada pelakon itu untuk berimaginasi. Imaginasi baik atau buruk, itu terpulanglah.

Sebaik sahaja pesawat mendarat ke destinasi, pelakon itu telah mengeluarkan kata-kata yang berbaur gangguan seksual berbunyi, “T*t*k you tu ori ke tak?” Apa lagi, tergamam besar pramugari itu dek perangai si tua gatal yang tak sedar diri. Mungkin juga pelakon itu terlampau mendalami dengan watak samseng yang sering dipegangnya sehingga terbawa-bawa ke dunia realiti.

Kata pramugari itu, kalau tak difikirkan soal profesional memang dimaki hamun je pelakon tersebut. Dan kepada pelakon itu, jangan nak feeling yang awak tu pelakon Nip & Tuck, okay!

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku