CERITA TERBARU

Tuesday, 13 December 2011

Sam Bunkface Meludah Di Konsert Inspirasi TV3 Coca-Cola 2011

kami penulis blog pada umunya sudah tahu bahawa lagu ‘Panik’ yang dinyanyikan oleh kumpulan indie, Bunkface telah diharamkan penyiarannya oleh hak penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Namun stesen Radio dan Televisyen swasta lain tidak terlibat dalam pengecualian dalam penyiaran salah satu lagu kumpulan tersebut. Ini dapat dibuktikan pada Konsert Inspirasi TV3 yang berlangsung pada 12 Dec 2011 yang mana kumpulan bunkface membuat persembahannya buat julung kalinya setelah kontroversi dan berita ‘kena gam’ tersebut tersebar.


Apa yang saya ingin tegaskan disini apabila membabitkan isu Sam Bunkface dilihat ‘meludah’ ke lantai (video) pada permulaan nyanyian beliau dalam lagu ‘panik’. Jika alasan yang diterima untuk membuang air ludah yang boleh membuatkan dirinya tidak selesa untuk menyanyi, ia pasti dapat dilakukan di bahagian belakang pentas, dan bukan ketika menghadap microphone. Tetapi mungkin juga keadaan yang menyebabkan Sam bertindak sedemikian. Apa boleh buat kan..kahak dah selambak.

Disini kita sebagai penonton dan pengikut arena muzik tanah air tidak mahu budaya kurang sopan ini menjadi ikutan yang lain, artis mahupun bukan artis ketika persembahan di hadapan penonton dan dihadapan umum. Sebagai penyanyi yang dikenali umum, Sam perlu ada sikap profesional dan bukannya mengambil kesempatan untuk memprotes pengharaman lagunya bila diberi kesempatan berkonsert dan terus menunjukkan ketidak puasan hatinya di sana.
Sam boleh dikatakan seperti ‘meludah ke langit, terkena ke muka sendiri’ dengan perlakuan yang sedemikian. Jadi kita boleh fikir-fikirkan sebelum membuat satu-satu perkara sebelum dianggap sebagai ”lalang di kebun sendiri” oleh umum.

adakah anda rasa betul @ tidak..?

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku