Gambar-gambar kulit majalah tersebut yang menampilkan Siti Nurhaliza seolah-olah mewarnakan rambut dan beraksi tidak memakai tudung kepala di depan lensa kamera sedangkan beliau sudah bertukar kepada imej bertudung sejak beberapa tahun sebelum ini.
Namun hakikat sebenarnya, isteri kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K itu memakai serkup di kepala untuk menutup rambut dan hanya memakai rambut palsu bagi sesi pergambaran eksklusif majalah tersebut.
“Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala.
“Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini,” kata editor majalah berkenaan yang dipetik dari blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.
Gambar-gambar tersebut berkonsepkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi seksi barat, Madonna, dan bakal diterbitkan untuk majalah itu untuk edisi Januari tahun depan.
Bagaimanapun, imej tersebut dijangka tetap tidak akan memuaskan hati sesetengah peminatnya memandangkan beliau masih lagi tidak menutup auratnya sebagai wanita muslimah sepenuhnya apabila mendedahkan bahagian leher dan atas dadanya.
Ramai di kalangan artis wanita tanahair yang sebelum ini berimej seksi dan tidak mengenakan tudung telah ‘berhijrah’ menampilkan imej bertudung yang lebih Islamik, namun perubahan positif tersebut masih mengundang sindiran sinis dari segelintir peminat yang mahu mereka menutup aurat sepenuhnya.
Berikut adalah beberapa keping gambar kulit majalah yang dimaksudkan;
No comments:
Post a Comment
SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..