CERITA TERBARU

Sunday 11 March 2012

APA ITU GANGUAN SEKSUAL


dah tengok gambar diatas..!!jangan terkejut pulak..mad bukan nak ajar korang buat benda macam kat atas tu..tetapi ada kaitan untuk pengisian entry mad kali ini..

sebelum tu..mad nak tanya anda..? pernah tak anda semua mengalami..mendengar ataupun melihat situasi diatas..mesti pernah kan..mungkin ada pengalaman mengalaminya..kalau tak ada tak apalah..tak jadi masalah pun..

situasi gambar diatas adalah antara mereka yang menjadi mangsa ganguan seksual..terutama sekali golongan wanita..Apa itu Gangguan Seksual ?Gangguan Seksual adalah perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan. diungut ataupun dipaksa melakukanya..

Jenis - Jenis Gangguan Seksual

1. Gangguan lisan
Contoh: teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan dan berunsur lucah.

2.Gangguan dari segi isyarat
Contoh: menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

3. Gangguan visual
Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.

4. Ganguan psikologikal
Contoh: Undangan-uundangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal.

5. Gangguan fizikal
Contoh: Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.
mereka yang paling banyak menjadi mangsa ganguan seksual ini..adalah golongan wanita..terutama golongan wanita yang berkerja...ganguan ini sebenarnya adalah satu perkara yang tidak baik..
Ganguan seksual merupakan suatu fenomena negatif terutama di tempat kerja yang boleh memberi kesan buruk kepada pekerja yang menjadi mangsa. dan individu itu sendiri.. Perilaku ini jika dibiarkan berlaku secara berluasa boleh menjejaskan produktiviti dan meningkatkan beban kos kepada organisasi berkenaan. Jenis gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang berbentuk ugutan dan yang berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi. so perkara ini tidak patut dibiarkan dan harus dibentung...
so...apa yang harus anda lakukan ialah..


Tindakan jika berlaku pada diri anda

1. Beritahu penggangu tersebut bahawa kelakuannya tidak disenangi dan anda ingin supaya beliau berhenti berbuat demikian. Beritahunya dengan tegas agar dia tahu bahawa anda betul-betul maksudkan apa yang telah dikatakan padanya.

2. Jika orang yang mengganggu itu terus berbuat demikian, bincangkan dengan seseorang di dalam organisasi anda yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bincangkan dengan pegawai personel atau kaunselor bahagian gangguan seksual, rakan sekerja/ wakil kesatuan pekerja.

3. Anda juga boleh menulis kepada penggangu tersebut termasuk deskripsi, tarikh dan masa kelakuan yang tidak disenangi itu, kenyataan yang jelas bahawa anda mahukan beliau untuk menghentikan kelakuannya dan amaran bahawa tindakan seterusnya akan diambil jika beliau terus mengganggu anda.. Jangan lupa menandatangani surat tersebut dan tarikh anda menulis surat tersebut.

4. Buat salinan tersebut untuk simpanan peribadi anda dan dapatkan saksi ketika anda menyerahkan surat itu kepadanya.

5. Rekodkan segala apa yang berlaku dengan teliti: tarikh, masa, lokasi, apa yang terjadi, apa yang dikatakan pada anda, bagaimana perasaan anda ketika itu dan nama saksi-saksi atau mangsa lain yang pernah diganggu olehnya.

6. Jika kawan..kekasih anda.majikan anda.cikgu mahupun ahli keluarga anda sendiri atau Supervisor anda yang mengganggu: bincangkan dengan orang yang lebih tinggi jawatannya, kepada pegawai personel anda,mereka yang boleh anda percayai..wakil kesatuan pekerja di tempat anda atau dapatkan bantuan dari yang berwajib yang boleh memberi kaunseling dan bantuan.
 
sama2 kita membenteras jenayah ini...
 
p/s: jenayah membawa padah..laporkan jenayah yang berlaku ditempat anda...(pinjam skrip rancangan tv3..999)

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku