CERITA TERBARU

Saturday 10 March 2012

betulkah seseorang yang tak ada pelajaran tak boleh berjaya..?

aduh..!! penat sangat hari ni..cox masuk berkerja sendiri..
kawan2 semua cuti..apapun berbaloi jugalah.....apapun harus sentiasa tenang dn sabar...
insaalah semuanya akan dapat dilalui...

assalamualaikum wtb...
salam satu malaysia buat anda yang sedang bercuti hari ini...

ramai yang bertanya kenapa entry mad...sejak akhir-akhir ni...isu-isu yang panas saja..ala!! biasalah nak kasih hot ini blog.."merungkai setiap persoalan disini...bercakap pasal rungkai....? kali ni jom ikut mad sama-sama kita rungkai pula..andaian sonsang...(aduh bahasa sesuai ke..) betulkah seseorang yang tak ada pelajaran ni tak boleh BERJAYA.."""?????

Kita memang mengakui..pelajaran amat penting didalam menentukan nasib kejayaan seseorang kelak..ditambah pula dengan keadaan persekitaran budaya kerja mahupun kerjaya seseorang ditentukan oleh tahap pelajaran pendidikan..jika hendak berkerja ataupun hal2 yang berkaitan..

Zaman sekarang..mana ada majikan atau sebuah syarikat samada kerajaan mahupun swasta ngo..hendak menerima seseorang yang tiada pelajaran sekurang-kurangnya pun pmr..spm..lepasan..inikan jika mencari kerja yang berprofail tinggi..seperti peguam..menteri..ataupun lain2..

Pergi manapun kita..ataupun jua jenis perkerjaan atau bidang yang kita ceburi..benda pertama yang akan diminta ialah pelajaran kita..so jelas menunjukan betapa pentingnya pelajaran didalam kejayaan seseorang..

Namun harus kita akui...langit tak selalu cerah..begitulah kehidupan ini..tidak semua daripada kita..mendapat pelajaran..dan tidak terkejut jika mad katakan..ada yang tidak pernah bersekolah langsung..disebabkan factor..kemiskinan..factor hidup..dan sikap ibubapa itu sendiri yang tidak terlalu mengambil berat akan hal ini..

Tetapi jangan sesekali jadikan itu sebagai alasan..tuk anda berjaya..apa yang penting usaha komitmen kita untuk bersaing merubah hidup membawa kepada kejayaan..semuanya terpulang dari kita...
Harus diingat ramai mereka yang diluar sana..tidak ada pelajaran langsung..tetapi kerana usaha gigih mereka yang tidak kenal erti putus asa.menjadikan mereka insan yang disegani dan berjaya..

 Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah:ingat kah anda kepada kata2 ini..
 kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
 Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.

ramai diluar sana..dikalangan mereka berpendidikan tinggi..tetapi sayang berkerja tidak sesuai dengan kelulusan..
belajar tinggi2 tetapi tidak seperti yang diharapkan..sebab apa..sebab individu itu sendiri yang tidak pandai untuk merancang..berusaha...mereka hanya mengharapkan ibubapa tanpa mencuba untuk berusaha sendiri..so apapun natijahnya..tiada pelajaran tidak BEERTI anda tidak boleh berjaya....mungkin lebih berjaya jika kita mahu berusaha dan mencari kejayaan itu..

segalanya terletak ditangan anda..bukan pada kemampuan anda..tetapi pada daya pemikiran rasional anda..bagaimana anda meletakkan kejayaan itu menjadi milik anda...

mungkin mereka yang berpelajaran ini anggapan anda lebih mudah berjaya..kerana kelebihan yang ada pada mereka..so bagi anda yang tiada kelebihan ini..usaha yang lebih perlu kita lakukan...semua manusia boleh berjaya..dari yang kecil..dari yang tua..muda..cacat..sempurna tetapi yang membezakan adalah usaha dan komitmen kita...


 
p/s..: tiada sebab untuk kita berjaya...orang yang menjadikan itu sebagai alasan..amat malang sekali nasib diri anda...

pendapat anda pula bagaimana..?

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku