CERITA TERBARU

Friday, 9 December 2011

Anak angkat dipercayai murtad

sekadar gambar hiasan

BATU PAHAT 9 Dis. - Seorang wanita meminta pihak yang berkaitan membantu anak angkatnya yang dipercayai telah murtad, kembali ke pangkal jalan.

Perasaan sedih, kecewa dan tertekan membuatkan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Norsidah Ahmad Zaman, 43, meminta bantuan supaya anak angkatnya yang dikenali sebagai Am, 23, kembali ke jalan yang benar.

Menurutnya, walaupun Am hanya anak angkat, dia amat bimbang apabila melihatnya memakai rantai lambang 'salib' pada Aidilfitri lalu.

"Apabila ditanya dia kata suka-suka sahaja tetapi naluri seorang ibu memberitahu ada sesuatu yang tidak kena," katanya sambil memberitahu ia bermula apabila kesusahan hidup membuatkan Am membawa diri ke Melaka tahun lalu setelah gagal mendapat pekerjaan di daerah itu.

"Apabila ditanya dia kata suka-suka sahaja tetapi naluri seorang ibu memberitahu ada sesuatu yang tidak kena," katanya sambil memberitahu ia bermula apabila kesusahan hidup membuatkan Am membawa diri ke Melaka tahun lalu setelah gagal mendapat pekerjaan di daerah itu.

Sejak itu, dakwa Norsidah, Am sering mengikut lelaki itu ke gereja dan dia turut menerima bantuan sara hidup sebanyak RM500 sebulan.

Norsidah memberitahu, Am yang mempunyai lapan beradik dan berasal daripada keluarga susah sering menghubunginya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dakwanya, antara kandungan SMS yang dikirimkan Am termasuk usahanya meminta bantuan dengan orang kafir lebih mudah dan tidak perlu mengisi borang malah, bantuan dihulurkan segera.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohamad Tahrir Samsuddin berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu dan menasihatkan umat Islam supaya berwaspada semasa menerima sebarang bantuan daripada golongan atau pertubuhan bukan Islam.

Beliau bimbang bantuan yang dihulurkan mengandungi unsur dakwah yang boleh memesongkan akidah umat Islam terutamanya golongan remaja.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad pula berkata, pelbagai saluran boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan berbanding meminta bantuan pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda sendiri.

"Saya mengharapkan agar pemuda berkenaan sedar dengan tindakan yang dilakukannya itu," katanya yang turut serta dalam pertemuan dengan Norsidah di rumahnya di Taman Semerah, dekat sini baru-baru ini.

sumber utusan online

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku