CERITA TERBARU

Monday 24 October 2011

disebalik erti persahabatan..

lukis sendiri ni...cantik tak..!!!


assalamualaikum semua ..sahabat..sahabatku...harap korang sihat walafiat hendaknya....
mesti korang ni ada sahabat sejati kan.. tak kira lah perempuan kah..lelaki kah..namanya juga sahabat.....
untuk perkongsian entry kali ni...mad nak kupas la serba sedikit erti sahabat sejati..moga dapatlah kita jadikan sedikit panduan didalam menjalinkan persahabatan...

didalam dunia ini.. kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..tetapi didalam bersendiri kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita...
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat..begitulah juga dia.tetapi sering kita terlupa hal itu..kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita..pernah tak kita terfikir akan kesusahan kesabaran seorang sahabat kita itu demi kerana menjaga hubungan sahabat dengan kita..

kita berasa marah bila dia tidak menepati janjinya..dan kita tidak memberi peluang menerangkan keadaan sebenar..kerana kita lebih pentingkan diri berbanding erti sahabat itu sendiri..

didalam hidup ini sahabat ada dimana-mana..dari yang tua. muda.. lelaki mahupun perempuan.
tetapi mencari sahabat yang benar-benar beerti itu amat payah..tetapi mengapa perlu mencari sahabat sedemikian sedangkan ia ada dekat dengan kita..


kerana mad percaya...!!
ERTI DAN SIFAT SAHABAT SEJATI TIDAK PERLU DICARI..
TETAPI DITANAM DIDALAM DIRI..

KEHADIRAN seorang sahabat didalam kehidupan memang tidak dapat dinafikan lagi..peranan seorang sahabat ini ibarat pelengkap didalam kehidupan.. dan mad percaya setiap dari kita punya sahabat tersendiri.. dengan pelbagai kerenah. dan ragam namun itulah sebenarnya mengapa hidup ini begitu indah dengan kehadiran sahabat...

sebut sahaja sahabat..mesti kita akan terbayang kerenah mereka ini..kadang boleh tergelak sendiri..tetapi ada juga yang mengalami kekecewaan apabila dikhianati sahabat sendiri..tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak bersahabat..kerana setiap sahabat punya sifatnya yang tersendiri..

hayati setiap bait2 kata indah berkaitan sahabat ini....fikirkan dan lakukan didalam kehidupan bersahabat...
ok.......salam sahabat dariku...

1 comment:

  1. buat sahabatku bernama elvis...aku sentiasa menyayangimu hingga keakhir hayatku...

    ReplyDelete

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku