CERITA TERBARU

Thursday 27 October 2011

gejala fitnah dalam masyarakat..

....assalamualaikum...

"benci la mad.." adakah orang cakap yang mad ni selalu kacau bini orang...
eh..tak tahu lah sape yang buat cerita ni..kalau mad jumpa..habis mad canang-canang mulut orang tu..baru padam muka dia...suka fitnah yang bukan-bukan...adakah patut..kalau anak dara mahulah mad..hahahah.


ah...hebat tak lakonan ayat mad diatas tu...amacam ada bakat tak..? itu antara situasi seseorang yang difitnah..
fitnah ni sebenarnya satu kenyataan yang tidak betul atau ditokok tambah yang dikeluarkan bagi menaibkan seseorang tak kiralah perkara itu baik atau bukan..but kebanyakannya tak baik la kan..

didalam kehidupan masyarakat kita ni..fitnah bukanlaah benda  yang baru ia sudah berlaku sejak zaman kehidupan nabi kita lagi..pelbagai kisah yang terjadi disebabkan gejala fitnah ini..
apa yang mengecewakan dan membimbangkan gejala fitnah menfitnah ni semacam sudah sebati didalam masyarakat zaman sekarang...

setiap hari ada sahaja berita pasal fitnah menfitnah ni..buka tv. buka surat khabar. buka internet memang
inilah topik utama..sifolan fitnah  si folan begini begitu.. manakala si folan pula fitnah si folan begini begitu..dam macam-macam perkara tak habis-habis..sampaikan kita orang sendiri pun binggung mana yang benar mana yang salah..

yang lebih menyedihkan..ada pula segelintir pihak yang cuba menambahkan lagi suasana sebegini,,dibuat berita popular la..demi kepentinggan diri sendiri..wajarkah perkara ini berlaku...?
bila ditegur...dibuat tindakan....mula la ada pihak yang lain berkata kita kan negara demokrasi so kebebasan bersuara tu kenalah ada..demokrasi apa..?demokrasi terpimpin kepala otak la..kata..p.ramlee..dalam filem tiga abdul...(suka tengok filem tu)..


..sebenarnya tidak salah jika kita mahu membuat kritikan mahupun pandangan..tak salah jika ia bertujuan untuk kebaikan..bukan menjatuhkan orang..kerana kritikan amat penting bagi memperbaiki diri menjadi lebih baik..tetapi kalau dah keterlaluan hingga membawa fitnah.. adakah ia disebut sebagai kritikan lagi..?



"takut nanti dalam kita membetulkan kesilapan orang...kita pula yang menempah dosa"

mahukah kita merosakkan negara.bangsa.diri kita sendiri disebabkan gejala fitnah semata-mata..
adik-adik kita yang masih kecil tidak tahu apa-apa dibiasakan dengan suasana begini..yang nantinya merosakkan masa depannya..belajar lah untuk menghargai sedikit pun keamanan yang kita kecapi hari ini..bila-bila masa sahaja akan hilang dek kerana akibat daripada fitnah ini..

negara kita..bangsa kita terkenal dengan adat dan kesopanan budi perkerti yang mulia..jangan ia hilang dan membunuh sifat ini dek kerana fitnah..!
janganlah kita memfitnah sesama manusia..di dalam islam juga menegaskan bahawa fitnah ditegah oleh islam..diterangkan didalam sebuah hadis..''bahawasnya orang yang suka memfitnah itu...ibarat seseorang yang suka memakan daging saudaranya sendiri....

mulakan didalam diri kita..kawan-kawan..kelurga kita..didik agar sikap fitnah memfitnah ini  jauh didalam kehidupan...kerana  fitnah ini hanya membawa banyak keburukan berbanding kebaikan..





                                    seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain..berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walaupun sezarah kesusahan kepada orang lain..


                   muhammad yamaluddin
                      kenali hati bukan wajah..

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku