harap korang semua sihat2 walafiat hendaknya..
- kita manusia ni sangat bertuah kerana kehidupan kita hidup dengan dikelilingi keindahan alam semujadi yang sangat cantik dan mengagumkan ciptaan TUHAN ini...
kali ni mad..nak ajak korang berfikir sejenak ...fikirkan tentang keindahan alam semulajadi yang mempunyai maksud yang tersirat disebalik penciptaanya...air yang mengalir bersih dari sebatang sungai..kehijauan pohan-pohan yang lebat merendang melindungi panasnya terik matahari...embun pagi yang bersinar dicelahan dedaun yang memberi sedikit mentari pagi yang sungguh indah..semuanya memberi gambaran betapa agungnya dan indah ciptaan TUHAN ini..
diciptakan untuk kita sebagai hambanya..sekaligus menyatakan betapa sayangnya TUHAN kepada hambanya sehinggakan diciptakan sesuatu yang sungguh indah..
pernah tak korang bayangkan hidup tanpa semua ini..?
TANPA AIR,,untuk minum dan mandi..
TANPA POKOK..untuk keredupan cahaya matahari..
TANPA RUMPUT...yang memberi kehijauan ilham diatas tanah yang terbentang luas..
tentu korang boleh bayangkan..?
kerana ini semua diberikan kepada kita secara percuma..pernah tak korang bayar untuk sesedut udara yang korang hirup..tidak pernah kan..
jangan kita abaikan sedikit pun yang TUHAN telah berikan kepada kita...apalagi merosakanya...
kerana mad percaya..kerosakan yang berlaku dimuka bumi ini adalah berpunca pada tindakan manusia itu sendiri...renungkanlah..!!
akhir kata daripada saya...peliharalah kurnian TUHAN yang tidak terhingga ini...sesuatu yang pernah hilang takkan pernah sama jika digantikan dengan yang baru..
........sekadar renungan bersama..
MUHAMMAD YAMALUDDIN..
KENALI HATI BUKAN WAJAH
No comments:
Post a Comment
SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..