CERITA TERBARU

Tuesday 25 October 2011

mengapa wujud istilah bosan...

..bosanlah la begini...
asyik buat benda sama ja..

"mad..
jom keluar bosan la lepak rumah ni..

pernah tak korang ucapkan ayat diatas..mesti pernah kan...ah itulah korang cepat sangat bosan..klau dah bosan sangat bunuh diri ja la..ahaha..eh..main-main ja la jgn buat betul..nanti siapa yang susah..mereka dan kelurga mereka....

bissmillahirahamnirahim..
pantas sungguh masa berlari..sedar-sedar sahaja sudah petang..iyalah kan.. bak kata orang tua-tua...dunia akhir zaman memang begitu..segala-galanya berjalan pantas..semuanya mau cepat..
sudah hidup dizaman serba laju dan moden makanya kita perlulah mengikut rentak kehidupan jika tidak menurut segala kemahuan kehidupan yang serba laju..bagaikan roket,,sudah pasti kita akan tertinggal di belakang dan akhirnya hilang ditenggelami masa..

...kadang-kadang kehidupan yang sebegini rupa..menjadikan manusia lekas bosan dan leka. leka ditengelami permainan dunia yang hanya sementara..dan bosan kerana saban hari melakukan kerja-kerja
yang sama dan tidak kunjung habis hingga keakhir nya...

..mad juga orang yang lekas bosan..tapi sebosan manapun.. mad masih mampu memberikan komitmen terhadap tanggjawab kerja aku lakukan..bak kata pepatah.."alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal lengan..aku lekas bosan dengan layout blogku..dan oleh kerana itu sudah berapa kali tema dan latar belakang bertukar dalam seminggu...aku juga lekas bosan dengan kata-kata ahli politik yang cakap tak serupa bikin..aku juga lekas bosan dengan budak melayu islam zaman sekarang yang mudah sangat terikit-ikut budaya luar lalu melupakan jati diri mereka..aku bosan dengan banyak perkara dan jika aku menulis perkara kebosanan ini..pasti korang semua akan turut bosan membaca entry  mad kali ini..


..'kalimah bosan'.seringkali digunakanpakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk mengambarkan perasaan jemu dengan cara hidup yang dihadapi..tetapi hakikatnya kalimah bosan itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya.. malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya keduniaan..hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.

bagi mereka yang kaya jiwanya. mereka akan terus sibuk mengimbangi amalan dunia. dan bekalan diakhirat..
sehingga masa yang ada bagikan tidak mencukupi  bagi mereka..seringkali mereka berjuang menggunakan masa yang bersisa mengabdikan diri  kepada TUHAN,..

ingatlah..
kita dilahirkan didunia ini..kita diamanahkan dengan misi yang penting..kitalah hamba kita jualah pemimpin..

dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan kepadaku.[al-dhariyat:56]
dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup.berusahalah menghapuskan perkataan bosan dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepadanya..hingga nanti menjadikan kamu orang yang sentiasa dibawah landasan kehidupan sebenar menjadi hamba yang soleh dan solehah..INSAALLAH...amin..
 

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku