CERITA TERBARU

Sunday 16 October 2011

SEINDAH NAMAMU KINABATANGAN...

ehm.....biar betul ni....x sesat ke......eh.....ASSALAMUALAIKUM.....
O.K.. untuk perkongsian catatan kali ini...muhammad nak kongsi serba sedikit tentang KINABATANGAN......tempat muhammad tinggal sekarang ni le.....so sebarang kekurangan harap dimaafkan...
..........jom kita mulakan pengembaraan......
mungkin ada diantara kita yg sudah mengetahui apa itu kinabatangan...kinabatangan adalah sebuah dearah yang berada disabah....tapi mungkin ramai yang mengenalinya melalui sungainya iaitu SUNGAI KINABATANGAN.....





kinabatangan ini adalah ke  2.. terpanjang di malaysia selepas sungai rajang disarawak...sungai kinabatangan mempunyai kepanjangan 560 KM.......mengunjur dari bahagian tengah ke timur negeri sabah..dan airnya mengalir menuju ke laut sulu....
......pendapat pertama mengenai PENAMAAN.. sungai kinabatangan adalah seperti yang terdapat dalam buku sejarah tanah air..MENCERITAKAN PADA KURUN KE 15..TERDAPAT KERABAT MAHARAJA CINA BERNAMA LAKSAMANA ONG SUN PENG DAN RAKANYA ONG KENG TELAH SAMPAI DAN MEMBUAT PENEMPATAN DITEMPAT INI....
..bersempena kedatangan mereka pada ketika itu...sebatang sungai, telah dinamakan sungai CINA BATANGAN..kerana mengambil sempena nama kedatangan mereka bersama perdagang berbangsa china ke dearah ini......namun semasa pemerintahan NORTH BORNEO....sekitar tahun 1881....nama cina batangan kemudiannya ditukar kepada kinabatangan sehingga sekarang...
.......NAMUN..setelah menjalani pembaikian sungai kinabatangan kini lebih dikenali bukan sahaja dimalaysia..bahkan didunia kerana.."KEUNIKAN ALAM SEMULAJADINYA YANG BETUL UNIK YANG MASIH KEKAL HINGGALAH SEKARANG"..


                        

RAMAI PELANCONG DATANG DARI DALAM DAN LUAR NEGARA SEMATA-MATA MAHU MELIHAT SEMUA INI...SO KEPADA ANDA APA TUNGGU LAGI.....                                                                                          
.....SO DARI SUNGAINYA KITA PENGEMBARAAN KITA DITERUSKAN DIDEARAH KINABATANGAN PULA.......
.dearah kinabatangan berkeluasan 660.500 hektar dan dihuni seramai 86.763 orang yang majoritinya dari suku kaum orang sungai..bugis dan bangsa2 lain disini....
..selain industri pelancongan industri sawit merupakan industri utama dan sebanyak 32 buah kilang sawit didirikan dalam dearah ini..terdapat 345.00 hektar daripada keluasan diusahakan dalam tanaman kelapa sawit...sama ada swasta..mahupun perkebun kecil...
...sistem kepercayaan dan adat resam yang berbeza berdasarkan sejarah awal..menyatakan bahawa... kuala sungai kinabatangan mula diduduki sejak tahun 1880...oleh beberapa penduduk terawal kinabatangan....


...tetapi kebanyakan masarakat disini menerima penganut islam..mereka mengamalkan adat seperti BERSANDING DIMAJLIS PERKAHWINAN.MENCUKUR JAMBUL KANAK2.DAN ADAT MELENGANG PERUT BAGI IBU YG MENGANDUNG.....
..MANAKALA KESENIAN ORANG  sungai terserlah dan dapat dilihat melalui senibina dan sistem kebudayaan yang penuh kelembutan dan keunikan tersendiri...mereka juga terkenal dengan hasil kraftangan halus lagi cantik untuk kegunaan harian......
....................ini adalah gambar terbaru pekan kinabatangan......diambil curi2 ni.. malu..hahahah







so...berakhir la sudah perkongsian pengalaman kali ini...kalau nak rasa betul2 suasananya..boleh la datang.........segala kekurangan harap dimaafkan...moga kita berjumpa lagi dicerita akan datang...senyum2 selalu...ambil masa untuk berehat..,
                                    ........... MUHAMMAD YAMALUDDIN......



1 comment:

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku