CERITA TERBARU

Wednesday 2 November 2011

10 perkara yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit..!!

..jejaka simple berceloteh...???


....assalamualaikum..

duit..!!! ada yang panggil.duit...ada yang panggil dolar..ada yang panggil rupiah..dan bermacam lagi..namun ia bukan terletak pada namanya semata-mata tetapi nilainya yang begitu berharga...

,,dizaman suasana kebendaan dunia ini..duit adalah satu benda yang paling bernilai didunia..


dengan duit kita boleh buat apa sahaja yang kita mahukan..sudah menjadi impian setiap daripada kita inginkan duit..ada orang sanggup lakukan apa sahaja kerana duit..walaupun sanggup menjual maruah diri sendiri..

..begitu besar kuasa duit ini..sehingga kejayaan..seseorang diukur dengan banyaknya duit yang dimiliki..

namun walau bagaimana pun pentingnya duit..masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit(wang ringgit)

.1..MASA..
duit tidak dapat mengembalikan masa yang telah berlalu..setelah hari berganti..masa 24 jam itu akan hilang dan tidak akan kembali lagi..oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada..bukan hanya semata-mata mencari duit..kerana kita mempunyai tanggujawab kepada kelurga. dan.orang yang kita sayang. cintailah ia dengan sebaik mampu lakukannya sebelum ia pergi.,, .begitu juga halnya kepada ALLAH SWT jika kita terlepas waktu subuh pagi tadi..ia tidak akan dapat ditukar dengan berapa juta wang untuk kembali kepada waktu subuh itu..fikirkanlah...


2..kebahagiaan..
memang kedengaran agak pelik..tetapi inilah kenyataanya..duit memang boleh membuat kita merasa senang..kerana kita boleh bercuti mewah..membeli laptop mahal dan canggih...atau membeli kerana mewah..memiliki rumah mewah 12 tingkat sekalipun..tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam hati kita..kerana berapa ramai orang yang berduit kaya. raya.tidak dapat tidur nyenyak..walaupun dalam bilik aircond yang sejuk dan diatas katil berharga berpuluh ribu..


3.cinta..
kata orang bila kita kaya..kita senang dapat apa saja termasuk soal cinta..tetapi adakah cinta seseorang yang hadir dalam dirinya untuk mencintai kita atas dasar keikhlasan..bukan atas dasar kebendaan..cuba kita renungkan..kerana mad cukup percaya..cinta hadir dari rasa saling menghargai yang betul-betul ikhlas  walaupun dengan sesiapa sahaja..itulah sebabnya ramai pasangan yang berkahwin kerana duit tidak kekal lama ataupun tidak merasa bahagia..contohnya..golongan artis....!!!


4,persahabatan..
kata orang..sahabat gembira begitu senang hadir dan ada dimana-mana..tetapi sahabat yang duduk bersama mendengar kedukaan kisah duka kita jarang sekali ditemui..kerana didalam erti persahabatan..tidak perlu kita bertanya apa yang sahabat telah lakukan untuk kita..tetapi kita perlu tanya diri kita apa yang telah kita lakukan untuk sahabat kita..


5.kesihatan...
kita akui.. kita memang memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat..tapi duit tidak boleh mengantikan kesihatan yang hilang...kerana ada penyakit yang diubati bukan menggunakan duit semata-mata..itu sebabnya ada pepatah mengatakan.."lebih baik mencegah daripada melindungi.." kerana berapa banyak pun duit yang kamu gunakan untuk mengubati penyakit kamu..ia belum tentu benar-benar sembuh..


6.kejayaan..
ramai diantara kita berjaya bukan atas dasar usaha...tetapi sogokkan..cuba anda fikir dimana usaha anda dalam mencapai sesuatu kejayaan..kerana kejayaan hanya berasal dari kerja keras..kemahuan dan rezeki yang tertulis untuknya..bukan melalui sogokkan duit..walaupun ia berjaya namun anda masih rasa terhutang budi dan kejayaan sebegini tidak akan kekal..sedangkan kejayaan atas dasar usaha..begitu berharga sampai bila-bila..


7.bakat..
setiap manusia dikurniakan dengan kelebihan dan bakat yang tersendiri..tetapi bolehkah seseorang penyanyi memindahkan suaranya kepada orang lain yang membayar duit utuk tujuan membeli..mustahil sama sekali..contohnya kita memang boleh membayar seseorang untuk mengajarkan kita teknik dan cara nyanyian yang betul..tetapi tanpa bakat semulajadi yang ada..bolehkah kita mencapai tujuan itu..???


8.sikap baik..
banyak orang kaya raya..tetapi sikapnya sombong..kasar dan cakap besar..tak sedikit juga orang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain..kerana ramai orang bersikap baik pada asalnya boleh berubah menjadi buruk..tetapi ramai orang buruk sikapnya susah sekali menjadi baik...


9.kedamaian..
bila wang membeli kedamaian..mungkin kita tidak mendengar lagi tentang perang
tetapi kita sering mendengar sebaliknya..kerana duitlah manusia bermusuhan dan akhirnya membawa
kepada pertelingkahan...kerana kedamaian akan dikecapi bila kita sendiri yang mahu mencarinya walaupun tanpa duit..tetapi apa yang perlu usaha kita kearah itu..


10.keimanan..
iman adalah mutiara yang menyakini ALLAH itu maha besar maha kuasa..(senikata lagu raihan)
keimanan bukan diukur daripada kekayaan seseorang..tetapi dari hati yang ikhlas mengenali ALLAH SWT..yakin bahawa tiada yang lebih bermakna didunia ini melainkan ketaqwaan kita kepadanya..kerana makin kaya seseorang itu.. maka makin jauhlah dirinya kepada ALLAH..walaupun ada..!! TIDAK seseikhlas hatinya..kerana rasa cinta kebendaan dunia masih ada dalam dirinya..


ingat!!!!
didalam kita mencari erti kejayaan.kebahagian sebenar..duit bukanlah segala-galanya....
sesunguhnya dunia ini hanya persinggahan mencari bekalan untuk dibawa pulang bila masanya telah kembali...

wassalam..


                                                             muhammad yamaluddin
                                                           kenali hati bukan wajah

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku