CERITA TERBARU

Saturday 26 November 2011

'Benci sangat negara ini keluar sahaja'

assalamualaikum wtb..
petikan dari berita utusan malaysia yang dikeluarkan 26 nov..tentang... - Pemimpin pembangkang yang asyik memburukkan negara di tempat lain tidak layak untuk menjadi pemimpin.


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, tindakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan Malaysia di Indonesia seolah-olah menunjukkan beliau bukan rakyat negara ini.

Beliau berkata, tindakan Anwar itu menyaksikan perasaan kebencian rakyat Indonesia terhadap Malaysia begitu tinggi sekali kerana ada pihak yang membakar sentimen mereka.

"Ini tak patutlah, di satu pihak beliau mengatakan nak jadi pemimpin negara ini, tetapi di waktu yang lain memburukkan negara, seolah-olah beliau bukan rakyat negara ini. Kalau benci sangat negara ini keluar sahaja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamad Fatmi diminta mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas dan hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

dan yang lebih menghairankan mad...mereka ini semua penuh dengan ilmu dan pelajaran yang tinggi..tahu bezakan hukum hakam agama..tetapi malang buat tindakan yang diluar bukan berpandukan dengan apa yang pelajari..

kalau nak jadi pemimpin sangat buatlah dengan cara yang betul..
bukan dengan cara menjatuhkan orang....

. KALAU BENCI SANGAT PADA NEGARA INI..
LEBIH BAIK KELUAR SAHAJA...

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku