CERITA TERBARU

Monday, 28 November 2011

Berhibur Itu Tiada Salahnya


Semua pasti akan setuju jika saya katakan berhibur itu tiada salahnya. Berhibur itu bagus. Namun tidakkah kamu pelik bila terdapatnya orang yang akan marah pada kita ketika kita berhibur? Bagi saya, orang sebegini tidaklah kolot cuma mungkin saya tidak menjumpai perkataan yang sesuai dengannya dan yang pastinya juga orang sebegini bukanya juga mereka yang tergolong dalam kumpulan ketinggalan zaman.

Saya pasti, semua di antara pembaca kenal akan kumpulan Nasyid Raihan bukan? Salah satu bait lirik lagu yang masih saya ingat antaranya ialah ...~
~~“Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah”

Sebuah lagu yang cukup sedap didengar bertajuk Mari Berhibur oleh Kumpulan Raihan. Hiburan itu tidak salah. Ianya indah, ianya menarik. Bukankah kita sebagai manusia sukakan yang indah-indah dan juga menarik? Apalagi jika ianya sesuatu yang mampu untuk mendodoi jiwa dan juga dapat menenagkan hati kita sendiri?

Tapi pernahkah kita fikirkan mengapa ada diantara kita yang marah ketika anda semua sedang berhibur? Atau pun pernah anda fikirkan mengapa berhibur itu salah sedangkan dalam bait lirik lagu Kumpulah Raihan menyatakan berhibur itu tiada salahnya? Cuba anda fikirkan sejenak dan cuba untuk bermonolog untuk mencari dimana silapnya?

Bagi saya, memang benar berhibur itu tiada salahnya. Cuma kita saja yang tersilap memberikan persamaan antara hiburan dengan kelalaian. Tenang bukan lalai. Tenang maksudnya sangat beringat, sangat pasti sehinggakan tidak ada goyah lagi dalam diri. Itu tujuan berhibur. Itu maksud tenang. Bukannya memilih hiburan yang melalaikan?

Hiburan itu menggembirakan. Gembira bukan dengan melanggar peraturan. Gembira itu apabila semua keperluan dipenuhi dan hati tidak lagi ada kekotoran. Hati macam cermin berkilat. Itu maksud gembira. Jadi mengapa memilih hiburan yang menggembirakan hati tetapi melanggar peraturan?

Apabila yang dipanggil hiburan itu melalaikan, melanggar aturan, ia bukan lagi hiburan. Ia adalah kerosakkan. Sebab hibburan itu untuk menguatkan hati, minda dan jasad, bukan hendak melemahkannya. Sebab hiburan ini untuk membuatkan manusia makin sedar akan diri sendiri, tujuan hidup, bukan untuk mengkhayalkan manusia dan buat mereka lupa pada Tuhan.

Hiburan begitulah yang dilarang, yang dicegah. Selain daripada itu dibenarkan, malah digalakkan. Sebab dengan hiburanlah manusia sentiasa ceria dan bersemangat untuk hidup. Yang dibenarkan itu sudah cukup. Yang tidak dibenarkan itu adalah hal yang berlebihan.


tidak salah untuk berhibur jika ia sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi jangan sampai melalaikan diri sendiri..fikirkan bersama.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku