CERITA TERBARU

Sunday 13 November 2011

cakap besar...

.jejaka simple bercerita..???


hai..assalamualaikum..harap korang sihat walafiat hendaknya...^_^!
bercakap tentang cakap besar ni..setiap dari kita mesti punya perangai ni..but tak la teruk sangat sampai buat orang menyampah...tapi ni mad nak cerita tentang mereka yang terlalu suka atau sudah menjadi kebiasaan dalam diri mereka ni..sampai kadang buat orang lain geram..menyampah pun ada juga..

sebenarnya cakap besar ni..adalah satu perkara atau kenyataan dikeluarkan tanpa fakta yang betul..semata-mata ingin menjual saham sendiri..kata budak-budak lepak ni..kononya yang dia tu tahu lah dalam segala hal..walaupun hakikatnya entah apa-apa yang dicakapnya tu..

orang macam ni..selalu kita jumpa..kebanyakkan kawan kita sendiri.. kalau nak cakap pasal sesuatu isu..pasti dia akan tek over dulu..kalau nak jalan-jalan pi mana2..mesti dia yang banyak cakap kononya dia  tahu segala galanya ..selalunya orang macam ni jenis yang berlagak.. bangga dengan diri sendiri..eh..!! tak ada maknanya pun.. kalau orang menyampah buat apa..
rasanya kalau sekali jumpa tu..ok la..tetapi kalau dah selalu..sakit hati oh....

so..kepada korang yang ada sikap ni..please la ubah cepat..sebab kawan-kawan tak akan cakap dengan kita.. semata ingin menjaga hati...tetapi kita kena sedar sendirilah..takut orang lain menyampah jumpa dengan korang lagi..bila korang cakap tentang perkara betul..maybe orang lain tak akan percaya lagi..kerana sikap korang yang suka cakap besar tu..nanti korang sendiri yang rugi...

kerana dalam kehidupan ini..apa yang kita anggap baik untuk diri kita..belum tentu baik baik dimata orang lain..fikirkanlah...

                                                                    muhammad yamaluddin
                                                                  kenali hati bukan wajah

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku