CERITA TERBARU

Monday 28 November 2011

kasih sayang yang tak pernah pudar

assalamualaikum wtb..
  harap anda semua sihat walafiat hendaknya..kalau sakit tu
cepat pergi klinik..maklum la/sekarang ni cuaca tak menentu sekejap hujan sekejap panas..
(lumrahnya alam)

mad nak tanya ni..ibu ayah korang sihat..? ada coll mereka tak sejak 2, 3 hari ni..
ada khabar dari mereka tak..??
kalau tak ada korang cepat2 tanya2 khabar ya..kesian mereka.. lebih mereka yang tinggal jauh dikampung..

tiba-tiba ja mad teringat ayah dan ibu dikampung..dah lama tak jenguk2 mereka..coll pun mad tak buat lagi..ni pasal hal semalam la ni..

macam ni..semalam time mad kerja..tiba-tiba abang mad datang..dia baru habis melawat ayah dan ibu mad dikampung..pastu..abang mad tu tempat tinggal dia jauh..but ada masa juga datang jenguk ayah dan ibu..sedangkan mad tak jauh sangat pun jarang nak jenguk..dan perkara tu buat mad rasa bersalah pulak..
dan yang buat mad betul-betul rasa bersalah, ayah dan ibu sempat kirimkan mad makanan kegemaran  mad iaitu kerepek pisang..walaupun mad tak pernah nak tanya khbar mereka..tapi kasih sayang mereka tetap ada...dan malam tu. mad terus coll mereka..macam sebak rasanya...


kerepek pisang....buatan ibuku sendiri

begitulah besarnya rasa kasih sayang seorang ayah dan ibu..
kasih sayang yang akan kekal untuk selamanya..
dan kadang-kadang mad hairan kenapa ada segelintir kita sanggup
menderhaka kepada orang tua...lebih-lebih lagi menyakitinya...

doaku moga setiap inci nafas ibu dan ayahku akan selalu bahagia.
sihat sentiasa...
kerena tanpa mereka tiadalah kita didunia ini..

kerana..didalam hidup pengajaran datang tanpa kita sedari...!!!

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku