CERITA TERBARU

Thursday 3 November 2011

kenapa pandang ketimur doktor m...???

..jejaka simple berceloteh...???

...assalamualaikum...

...kenapa pandang ketimur doktor m...?? atau doktor muhammad saya la tu..hahahah..
korang jangan salah faham pula..doktor m tu.???.sape lagi..idola saya la..doktor mahathir mohammad..
sebut pasal beliau ni memang tak siapa yang tak kenal bukan calang-calang orang..terkenal kerana kehebatan beliau berfikir dab bertindak sehingga malaysia kini maju dan dikenali diseluruh dunia...

..sape yang mencipta wawasan 2020..jambatan pulau pinang...pusat perlancongan langkawi..menara berkembar petronas..lapangan terbang klia..semua itu dari idea beliau sendiri..,,dan juga dasar pandang ketimur...

..untuk makluman..dasar pandang ketimur ini telah diumumkan oleh beliau pada 8hb februari 1982 semasa persidangan" 5th joint annual conference of majeca/jameca di hilton di kuala lumpur" walaupun dasar ini sudah lama diguna pakai namun masih menjadi ikutan sehingga sekarang...!!
persoalanya sejauh mana kita menghayati atau dan melaksanakanya..

...dasar pandang ketimur bukan bermaksud kita meniru semua atau apa saja dari jepun dan korea untuk diguna pakai di malaysia..tetapi atas tujuan nilai-nilai baik yang ada pada jepun dan korea sehingga menjadikan kedua negara itu..antara negara yang berpengaruh maju diasia bahkan didunia..

..seperti yang kita sedia maklum..negara jepun dan korea adalah negara yang begitu pesat membangun dan dibeberapa bidang mereka adalah lebih maju dari beberapa negara barat sendiri..dan kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan tauladan kepada malaysia..seterusnya digunakan bagi pembangunan negara..

..kata pengkaji...kemajuan sesuatu negara adalah dipengaruhi besar dari sifat sesautu bangsa negara itu sendiri..mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bangsa jepun..mempunyai daya saing kerja yang amat tinggi...menepati masa..kerajinan dan disiplin kerja yang tinggi..bukan itu saja..bangsa jepun juga mempunyai kesetian yang tinggi kepada negara..mereka lebih banyak berniaga sendiri berbanding hanya berkerja dengan kerajaan atau swasta..

..mereka juga berkerja tidak pentingkan diri..bahkan semangat berkumpulan menjadi keutamaan..dan menjadikan bangsa ini mempunyai productivity ...quality..kecekapan dan perningkatan jangka panjang..
cuba kita lihat saja..dinegara kita barang keluaran jepun sudah menjadi kesukaan dan keperluan diri,,seperti contoh kereta..jenama toyota..yamaha..kawasaki..ini semua adalah hasil dari usaha rakyat negara jepun..

bagi kita negara malaysia yang sedang membangun..perlu sekali kita rakyatnya mengambil nilai baik itu..jangan jadi seperti katak dibawah tempurung..tidak tahu apa-apa...cepat merasa puas..bangga diri..kerja separuh jalan..suka menjatuhkan kawan.ini semua patut diubah..dan negara kita tidak akan maju jika kita sendiri yang tidak memajukanya...

,,..sering kali mad ucapkan perkara ini..cuba belajar dan ambil sedikit pengalaman orang lain untuk memajukan diri kita..jangan hanya pandai meniru gaya fesyen..rambut..berpakain casual,, tindih telinga dan hidung..warnakan rambut...seperti orang korea dan jepun.. cinta romantis seperti orang korea dan macam- macam lagi.. yang mad rasa tidak perlu diambil.
.nilai baik yang ada pada diri itu kita kekalkan.. jika ditambah dengan nilai positif kemajuan pasti boleh menghasilkan kejayaan diluar jangkaan..fikirkanlah....

selamat maju jaya....

wassalam..

                                                         muhammad yamaluddin
                                                       kenali hati bukan wajah

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku