CERITA TERBARU

Saturday 26 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433..

assalamualaikum wtb..
syukur kita panjatkan kehadrat ALLAH S.W.T dengan izinnya jua kita masih dipanjangkan umur untuk terus hidup..mencari bekalan kehidupan sejati..dan tanpa kita sedari..tahun 1432 hijrah pergi meninggalkan kita..dan 1433 hijrah pula datang menemui kita semua.

sudah bersediakah kita menemuinya...?

cuba kita imbas kembali perjalanan hidup kita..bergelar hambanya....tanya didalam diri kita..tentang tanggungjawab kita terhadapnya..solat kita bagaimana.?.kelakuan kita pula bagaimana.?.dan dosa kita pula bagaimana.?.
dan diri kehidupan kita sekarang pula bagaimana..?
mungkin ada diantara kita yang hanya mengelengkan kepala..kerana tidak tahu nak cakap bagaimana..!!

harus selalu kita ingat..(BAHAWA HIDUP INI HANYA SEMENTARA..) sentiasa sedar akan itu..!!
ada yang berkata." alah sekarang masa nak enjoy..muda lagi.nanti kalau tua baru taubat."
kalau umur kita panjang o.k la..kalau tak macam mana..bolehkah kita ramalkan apa yang akan terjadi terhadap kita selepas ini..jangan tunggu masa..tetapi masa yang tidak cukup untuk kita..

moga untuk tahun 1433 yang bakal menjelma ini..perbaiki lah setiap inci kehidupan kita..gunakan kelebihan yang diberi dengan jalan-jalan kebaikan..hidup kita ini..tidak panjang..kita tidak tahu bila masanya kita kembali..

jangan terlalu mengejar urusan duniawi..seimbangkanlah ia dengan urusan akhirat..agar ianya berjalan serentak bersama mencari kebahagiaan hakiki...

jika selama ini..kita lebih suka membaca buku tentang gosip artis..tukarkan kepada buku agama..jika kita selalu pergi ketempat hiburan malam..tukarkan kepada masjid..banyak perkara yang sebenarnya yang boleh kita lakukan terhadap diri kita untuk menuju kebaikan..

dan harus juga selalu kita ingat.
setiap langkah..fikiran dan kelakuan kita ini bermula dari dalam HATI..so sebelum kita membersihkan fizikal kita..bersihkan terlebih dahulu hati kita..kerana ALLAH SWT tidak melihat kita melalui fizikal tetapi kesucian hati...dan hati itu hanya boleh dibersihkan jika kita sentiasa mengingatinya...

carilah keberkatan hidup..kerana tanpa keberkatan..hidup ini seolah-olah berjalan tanpa bimbingan..
sebelum membetulkan orang lain..betulkan diri kita terlebih dahulu..kerana ramai diantara kita suka membetulkan kesilapan seseorang tetapi tidak kena akan caranya..jadi berwaspadalah..

jangan salahkan syaitan kerana selalu mengoda kita untuk terus kearah keberdosaan..tetapi tengok diri kita..adakah  kita berada kearah kebaikan ataupun kearah kedosaan..

moga pada tahun 1433 hijrah ini..akan menjadikan kita manusia yang hidup seiring dengan agama kita..
moga juga kita semua akan sentiasa mendapat rahmat dan ilahi darinya..agar kita akan berjaya bukan sahaja didunia bahkan juga diakhirat..
sekadar renungan bersama..

SALAM MAAL HIJRAH 1433 selamat memulakan perjalanan hidup baru jangan sesekali hancurkan hidup yang indah ini akibatnya merana..

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku