CERITA TERBARU

Tuesday 13 December 2011

68 pelajar dirantai

Sebahagian daripada pelajar kanak-kanak yang dibebaskan oleh polis dalam serbuan di Madrasah Zakarya di Karachi, kelmarin. –AFP
 
ISLAMABAD 13 Dis. – Polis di selatan Pakistan menemui 68 pelajar yang dirantai dan ditahan di tingkat bawah tanah di sebuah pusat seminar Islam, di Karachi, semalam.
 
Penyiasat polis, Nadeem Raoof berkata, pelajar terbabit berusia antara empat hingga 54 tahun, ditemui lewat malam semalam dalam satu serbuan di pusat seminar Jamia Masjid Zakriya Kondali di Sohrab Goth.


“Antara pelajar yang ditahan ialah 14 kanak-kanak dan 54 dewasa.

“Pelajar terbabit didaftar di tempat tersebut oleh ibu bapa dan saudara mara dengan harapan dapat mengubah mereka yang mempunyai masalah dadah dan sakit mental.

“Pihak pentadbiran seminar itu mengenakan bayaran sebanyak 5,000 rupee (kira-kira RM181) sebulan kepada keluarga pelajar terbabit,” katanya.

Beberapa pelajar turut memaklumkan mereka didera oleh pihak penganjur dan dikehendaki bersedia untuk berjihad.

“Kami dibentuk untuk menjadi pejuang jihad seperti Taliban.

“Mereka (penganjur) mendakwa kami perlu mendapatkan latihan di sini sebelum dihantar berjuang,” kata satu daripada pelajar terbabit kepada rangkaian televisyen Geo.

Polis turut menahan seorang penceramah, manakala empat lagi sempat melarikan diri.

Menteri Dalam Negeri, Rahman Malik mengarahkan polis Karachi mengumpul maklumat mengenai dakwaan pihak keluarga pelajar yang mendakwa anak mereka dilatih untuk melakukan keganasan.

Pihak berkuasa telah lama mengesyaki sebahagian daripada beribu-ribu pusat seminar di seluruh Pakistan merekrut pejuang di kalangan pelajar dan melatih mereka di wilayah kabilah di sempadan Afghanistan. – AGENSI

p/s: rasanya..kalau mereka keluar nanti..untuk melakukan keganasan..negara apa yang mereka akan pilih..?
komen....??

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku