CERITA TERBARU

Saturday 10 December 2011

Artis Mana Pula Yang Mencabul Budak?


 Sebelum ini. mad  pernah melaporkan cerita seorang artis lelaki yang mempunyai nafsu songsang, disusuli dengan cerita seorang artis yang bertatu.

kali ini lain pula ceritanya..
Kebelakangan ini, bermacam-macam cerita negatif yang kita dengar dari artis tempatan kita sekarang ini.

Terbaru dalam satu artikel laman web yang mad  baca semalam, seorang penyanyi popular tahun 80-an telah disoal siasat atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Tak cukup dengan itu, dua wanita di mana salah seorang daripadanya adalah ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis mendakwa penyanyi lelaki berusia lewat 40-an itu melakukan perlakuan lucah terhadap mereka.

Ish takkan sampai macam itu sekali? Benarkah dakwaan mereka ini? Takkan tergamak macam itu sekali penyanyi tersebut? Namun begitulah hakikat yang Murai Batu baca semalam. Persoalan betul atau tidak masih belum terjawab kerana perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.

Laporan tersebut mengatakan yang mangsa, seorang daripada wanita terbabit berusia 37 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia telah membuat laporan polis berikutan kejadian itu selepas tidak tahan dengan perbuatan penyanyi terbabit yang disifatkannya mengaibkan dia, anak lelakinya dan rakannya, berusia 31 tahun.

Penyanyi itu juga turut menuduh mereka (mangsa dan rakannya) sebagai pasangan lesbian dan menghebahkan kepada penggiat industri hiburan. Kami percaya dia buat begitu kerana ingin menutup perbuatan kejinya.

Begitulah sedikit sebanyak cerita yang mad baca, kalau betul seperti didakwa, memang teruk nafsu penyanyi ini.

p/s: bawa-bawalah bertaubat...

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku