CERITA TERBARU

Saturday 31 December 2011

Berduka Perlukah Gembira???


 Saat-saat terakhir aku penuhi dengan berhati-hati. Segala coretan lampau sepanjang tahun ini aku cuba timbulkan pada hari ini. Aku tahu , esok mahupun lusa aku sudah tidak berpeluang untuk mengingati saat-saat indah seperti ini. Mungkin waktu itu aku sudah memberi ruang untuk aku mengimbau kenangan tahun berikutnya. Bagi coretan 2011 adalah coretan yg cukup bersejarah. Coretan yang memanusiakan aku sebagai manusia. Ia akan sentiasa terpalik dalam lipatan buku sejarah hidupku. Inilah tahun aku mula kenal erti sebuah penulisan melalui blog. Erti aku mula bertatih dengan ranjau perjuangan. Aku mungkin manusia beruntung kerana aku punyai teman seperti mereka. Tidak pernah jemu kenalkan aku pada suatu yang baru. Berkongsi cerita bersama. Ia memang mendewasakan aku.

Alhamdulillah syukur , di antara manusia bertuah Tuhan telah memilih aku untuk bersama sebaris dalam barisan perjuangan. Aku tahu ia munkin suatu perjalanan yang agak sukar. Namun di atas dasar keyakinan pada diri dan cintanya aku pada penulisan. Aku cuba untuk lakukan yang terbaik. aku tidak mengejar nama..mahupun duit..namun apa yang mad lakukan ini..sekadar berkongsi sesuatu yang baik..kerana mad percaya,,dalam hidup ini..apa yang kita baca..kita alami..kita fikir tdak sama dengan orang lain..so apa salahnya kita kongsikan melalui penulisan.. agar dapat kita jadikan panduan hidup bersama..

namun untuk tahun 2012 ni..apa yang aku harapkan dapat mad lakukan yang terbaik..buat mereka yang selalu singgah untuk baca setiap entry yang mad postkan..kerana harus diingat..

Pelabuhan sudah semakin hampir. Aku melihat masing-masing tertawan dengan sambutan Tahun baru. Ada meraikan dengan bunga api. Ada juga yang mendengar kuliah. Ada yang lebih suka lepak bersama kawan. Kalau dulu 2011 tahun baru aku bagaikan tiada apa2..  Kini aku hanya sekadar berada di rumah melihat jiran menyambut dengan percikan bunga api. Betapa riangnya mereka. sedangkan aku takut umurku semakin tua. Aku kini menjangkau 22 Tahun. Alhamdulillah Syukur tahun ini banyak aku mentarbiyah di samping aku di tarbiyah. Moga pelajaran dari alam mampu untuk mematangkan kita.

apa yang penting belajar untuk mengambil sedikit pengalaman orang lain untuk dijadikan panduan hidup untuk diri sendiri..kerana apa yang kita pelajari bukan hanya dari buku...

1 comment:

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku