CERITA TERBARU

Monday, 5 December 2011

Bibir di jahit kerana tidak tahan bergaduh dengan menantu

Seorang perempuan berusia 57 tahun dan hanya diketahui memiliki nama Lin menjahit bibirnya sendiri setelah ia bertengkar dengan menantunya di rumah mereka di Taiwan.
Lin mengaku penat mendengar keluhan menantunya yang mengatakan dirinya terlalu cerewet.Minggu lalu setelah satu pertengkaran yang hebat dengan menantunya yang berasal dari Vietnam, Menantunya itu telah yang bernama Chan telah menelefon pihak polis dan mengatakan ibu mertuanya menghidapi penyakit jiwa. Lin menolak tawaran polis untuk membawanya ke hospital.

Polis tidak dapat berbuat apa apa kerana Lin menguncikan dirinya dalam bilik. Tetapi dua jam selepas itu, Menantunya menelefon pihak polis lagi dan melaporkan bahawa kepalanya berdarah kerana diserang oleh Lin dengan menggunakan seterika.

Pada keesokan harinya, Lin ditemui berjalan jalan di Taman berdekatan rumahnya dengan bibirnya dijahit. Mereka yang melihatnya membawa beliau ke hospital untuk membuka jahitan tersebut.

Lin mengatakan ia sendiri yang menjahitkan bibirnya itu kerana menantunya sering marah sekiranya dia cerewet dalam apa saja hal. Tetapi pihak hospital tidak mempercayai kata katanya memandangkan jahitan di bibirnya itu sangat ketat dan ianya berkemungkinan dilakukan oleh orang lain.


No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku