CERITA TERBARU

Saturday 10 December 2011

BUDAK PEREMPUAN UMUR SETAHUN MENGANDUNG

PERUT Mengru didapati mempunyai janin yang merupakan kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.

BEIJING – Doktor-doktor di China terkejut apabila mendapati terdapat bayi di dalam perut seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak perempuan tersebut, Kang Mengru mengejutkan petugas-petugas perubatan apabila perutnya beransur-ansur menjadi besar.


Beberapa doktor melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk mencari punca perut kanak-kanak itu membesar dan menemui satu janin di dalam perut Mengru.


Mereka percaya janin itu ialah kembar parasit iaitu kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.

Kanak-kanak itu kini menunggu untuk menjalani pembedahan bagi membuang janin itu. – Agensi

 

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku