CERITA TERBARU

Monday 12 December 2011

Intan Sarafina Selamat Lahir Bayi Lelaki Kedua!

Ingatkah lagi anda pada penyanyi lagu ‘Duhao Malam’, Intan Sarafina? Ya barangkali ada yang ingat, ada juga yang ‘bukan lupa tapi tak ingat’.

Untuk pengetahuan semua, penyanyi berusia 29 tahun ini, telah selamat melahirkan bayi lelaki bernama Megat Israfel Raez pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya.

Putera kedua Intan ini lahir secara normal dengan berat 3.38 kg.

Menyentuh tentang pemilihan nama anaknya pula, Israfel membawa maksud malaikat yang meniup sangkakala manakala Raez bermaksud ketua atau pemimpin yang juga merupakan gabungan nama kedua Intan dan suami iaitu Sarafina dan Ezzahudin.

Menurut laporan yang dipetik dari mStar online lagi, meski bahagia melayari alam berumah tangga dihiasi dua cahaya mata sebagai pelengkap, Intan tidak menafikan hatinya rindu untuk kembali ke dunia seni.

Malah dia tetap tidak berputus asa untuk kembali menyanyi selepas selesai berpantang kelak.

Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli tiga tahun lalu. Selain Megat Israfel Raez, mereka sebelum ini dikurniakan putera sulung, Megat Evan Raez yang kini berusia 2 tahun.

p/s: untuk pengetahuan anda..intan sarafina dulu.. terkenal dengan lagu..(duhai malam)..(kembali)

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku