CERITA TERBARU

Wednesday, 7 December 2011

Manusia tumbuh tanduk di Kepala

TANDUK sering dikaitkan dengan haiwan yang meragut rumput seperti kambing dan rusa. Namun begitu, hanya haiwan jantan yang memiliki tanduk.

Bagaimanapun, seorang wanita China telah ditumbuhi sebatang tanduk menyerupai tanduk kambing di tepi kiri kepalanya.

Tanduk wanita berusia 101 tahun dari Kampung Linlou, Wilayah Henan itu, Zhang Ruifang, bermula sebagai benjolan kecil di dahinya dua tahun lalu. Tanduk itu sudah tumbuh sehingga enam sentimeter panjang.

“Tanduk ini bermula daripada sebuah bentuk yang tebal, kulit kasar di tepi kiri dahinya. Kami tidak perasan mengenainya pada awalnya, tapi kemudian ia terus tumbuh.

“Sekarang ada sesuatu yang tumbuh di sisi kanan dahinya. Ia mungkin satu lagi tanduk yang lain,” kata anak bongsunya, Zhang Guozheng, 60.

Tanduk itu menyebabkan sakit pada kepalanya. Wanita bertanduk itu memiliki tujuh orang anak, enam lelaki dan perempuan dengan anak paling tua berusia 82 tahun.

Tinggal di daerah pedalaman dan hidup terlalu miskin untuk membayar kos rawatan hospital, anak-anaknya bimbang tentang keadaan ibu mereka tetapi terhibur oleh kenyataan bahawa dia tidak mengalami kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai tanduk kulit yang jarang berlaku. Terdiri daripada keratin, tanduk ini biasanya berkembang pada orang dewasa yang lanjut usia, terutama mereka yang mempunyai sejarah berjemur di bawah sinar matahari.

Pada tahun 2003, seorang wanita dari Zhanjiang, selatan China, didapati tumbuh tanduk sepanjang 12 sentimeter (sm) di dahinya. Para doktor bingung dengan keadaannya itu dan sekadar mengandaikan Xiou Ling menghidap masalah ketidakseimbangan hormon.

Sesetengah pakar berpendapat pencemaran radiasi turut menyebabkan manusia ditumbuhi benjolan seperti tanduk.
(A)MENURUT ibunya, rupa George seperti syaitan selepas dibedah. (B)WAJAH George sekarang.



Seorang lagi rakyat China, Huang Yuanfan, tumbuh tanduk kecil berukuran 7 sentimeter di belakang kepalanya. Tanduk tersebut tumbuh dua tahun lepas dan ia semakin membesar.

“Saya sudah cuba beberapa kali untuk memendek dan mencabut tanduk tersebut tetapi masih tiada perubahan berlaku, malahan semakin membesar,” katanya.

Menurut lelaki itu lagi, tanduk tersebut belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti tumbuh.

“Saya sudah berjumpa dengan banyak doktor tetapi punca kepada ketumbuhan ini belum diketahui. Mereka pernah beberapa kali mencabut tanduk tersebut tetapi ia tetap tumbuh semula,” kenang beliau.

Walaupun manusia bertanduk dianggap aneh, masih ada pengikut fahaman tertentu khususnya yang berkaitan penyembahan syaitan membuat implan tanduk. Ini termasuk seorang lelaki dari Tulsa, Amerika Syarikat, Jesse Thornhill, 28, yang mengaku diri pengikut syaitan.

Manakala cerita manusia bertanduk sentiasa mendapat tempat di dada akhbar berpengaruh dunia termasuk di Amerika Syarikat dan Britain.

Minggu ini, akhbar-akhbar melaporkan bagaimana seorang budak lelaki berusia lima tahun, George Ashman, mendapat benjolan berbentuk tanduk di kiri dan kanan dahinya selepas melakukan pembedahan membuang tanda lahir di Hospital Great Ormond, London.

Ibunya, Karen, membuang tanda lahir itu kerana khuatir anaknya akan menjadi bahan ejekan rakan-rakannya.

Ketika George berusia empat tahun, dia menjalani pembedahan untuk meregangkan kulit dahinya sehingga tanda lahir tersebut dapat dihilangkan dan ditutupi dengan jaringan kulit baharu.

Doktor turut menyisipkan dua jaringan peregang di bawah kulitnya, yang akan membesar secara bertahap sehingga terlihat seperti dua tanduk besar.

Selama empat bulan, gumpalan tersebut mengembang dan meregangkan kulit dahinya. Karen sangat terkejut.

“Tanduk itu lebih besar daripada yang saya sangkakan. Ia nampak seperti syaitan,” ujarnya. Mujurlah alat itu dikeluarkan empat bulan kemudian iaitu April lalu.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku