CERITA TERBARU

Thursday 8 December 2011

MENANGIS ITU BAIK




Ketika kita menghadapi pelbagai masalah yang membuatkan kepala kta runsing dan pening, adalah wajar jika kita memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah. tak kira masalah cinta, masalah keluarga atau masalah di pejabat, berkongsilah dengan orang lain. Sekurang-kurangnya, ringan sikit beban yang ditanggung itu. Ada kalanya dengan berkongsi masalah ini, ia boleh memberikan idea untuk selesaikan masalah. Hmm.. bagus, kan?

Tapi ada pula sesetengah yang agak kekok nak bercerita. Dah jumpa orang yang nak berkongsi masalah tapi bermasalah pula nak bercerita. Alih-alih, yang muncul ialah air mata. Terutamanya perempuanlah. Yang lelaki macho ni jarang menangis.. Betul ke?

Menangis
Sebenarnya menangis pun salah satu cara untuk kurangkan beban masalah. Menurut pengkaji psikologi, air mata yang keluar sebenarnya akan membuatkan seseorang merasa lebih baik kerana ia berfungsi mengurangkan ketegangan saraf dalam tubuh, yang mana penyebabnya adalah stres dan terlau banyak berfikir.

Untuk pengetahuan anda, dari sudut sains, air mata ini terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah air mata iritasi iaitu air mata yang keluar disebabkan benda asing di dalam mata. Yang kedua pula ialah air mata emosional, iaitu air mata yang keluar kerana dorongan emosi atau perasaan. Yang kita bicarakan ini ialah air mata emosional.

Menangis
Berbalik kepada persoalan kita tadi, jika stres ditafsirkan seperti racun, makan jika tidak dikeluarkan dari tubuh anda, ia akan menurunkan sistem kekebalan tubuh dan proses biologi lainnya. Proses pengeluaran racun dari dalam tubuh ini biasanya adalah ketika kita berpeluh dan menangis. Jadi, selain melegakan perasaan, menangis itu pun sihat.. Hmm.. anda boleh pilih dua cara sama ada nak bersukan ataupun menangis.. hehe

Alasan lain kenapa orang berasa lebih baik menangis semasa emosional adalah kerana air mata yang keluar mengandungi lebih banyak protein termasuk hormon yang menyebabkan stres. Jadi, bila anda menangis, air mata yang keluar akan merangsang pengeluaran hormon endorphin, sehingga muncul rasa lebih bahagia dalam diri kita. Itulah ajaibnya menangis.

Menyedari fungsi air mata, tidak hairanlah para ahli psikologi akan mencadangkan anda supaya menagis sebagai langkah awal untuk melegakan stres.

Oleh itu, jika memang anda berasa tidak sanggup menahannya, menangislah.. sedikit sebanyak ia akan melegakan anda.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku