CERITA TERBARU

Friday 9 December 2011

Pemilihan 'Cinta Muka Buku' Dipertikai Ke AJL

Jumaat lepas, 12 buah lagu sudah diumumkan sebagai finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) yang bakal bersiaran pada 29 Januari depan. Dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pasti akan ada ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap pemilihan sesebuah lagu.

Kali ini, lagu dendangan Najwa Latif,16, yang berjudul 'Cinta Muka Buku' dianggap tidak layak sehingga menimbulkan spekulasi ramai pihak. Menjawab kepada spekulasi berkenaan kepada MH Online, Najwa mempunyai pandangannya sendiri;
 
" Lagu yang 'simple' dan ringkas lebih senang untuk difahami dan itulah kekuatan lagu tersebut. Malah, peminat pun boleh menyanyikan lagu itu bersama-sama. Saya tidak kisah jika lagu itu dipertikai kerana saya mengambil pandangan tersebut sebagai satu pengalaman dan terimanya dengan positif. Lain orang lain citarasanya terhadap sesebuah lagu. Apa pun, saya bersykur kerana terpilih sebagai finalis".
 
"Masa mula-mula lagu 'Cinta Muka Buku' diumumkan, saya menangis kerana tak sangka lagu yang dicipta selama tiga hari sahaja telah terpilih. Tak sangka, lagu itu hanya dibuat untuk suka- suka tetapi akhirnya berjaya hingga ke tahap ini." Katanya teruja.
 
Ditanya mengenai perkembangan terbarunya pula, Najwa kini sedang menyiapkan album mini pertama yang memuatkan lima buat lagu. Album tersebut bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan.
 
Berikut adalah senarai penuh 12 lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu;
 
1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
 
jangan lupa saksikan pertandingan akhir AJL pada 29 january 2012...

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku