CERITA TERBARU

Saturday 10 December 2011

Pemuda libas bapa dengan pisau

PENAMPANG 10 Dis. - Seorang pemuda tergamak mengamuk dan melibas bapanya yang berusia 69 tahun dengan pisau sehingga cedera hanya kerana marahkan isterinya yang tiada di rumah mereka di Kampung Meruntum, di sini kelmarin.

Difahamkan, berikutan bimbang keselamatannya, mangsa, Kamlen Jamil yang cedera di dagu terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri setelah dikejar anaknya itu yang berusia 31 tahun.

Kejadian berlaku pukul 4 petang semasa suspek pulang ke rumahnya dan mencari isterinya lalu bertanyakan kepada bapanya yang kemudian menjawab tidak tahu.

Berang dengan jawapan bapanya, suspek bertindak memecahkan cermin tingkap rumahnya selain menyerang warga emas itu dengan pisau.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh berkata, suspek ditahan polis pukul 10 malam hari yang sama di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan menemui pisau sepanjang 28 sentimeter yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya di sini hari ini.

Katanya, suspek sebelum ini pernah dipenjarakan selama dua bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku