CERITA TERBARU

Wednesday 7 December 2011

SISA RADIOAKTIF DITEMUI DALAM SUSU TEPUNG BAYI

TOKYO – Sisa bahan radioaktif ditemui di dalam susu tepung bayi keluaran syarikat makanan dan tenusu Jepun, Meiji Holdings, menurut kenyataan dikeluarkan syarikat itu, semalam.

Meiji mengumumkan sebanyak 400,000 tin susu tepung bayi tersebut yang hanya dijual di Jepun, sedang ditarik balik dari pasaran.

Syarikat itu masih tidak dapat memastikan sumber bahan radioaktif tersebut tetapi mengesyaki ia berpunca daripada kebocoran radiasi di loji nuklear Jepun.

Kebimbangan mengenai keselamatan bekalan makanan di Jepun mula menular selepas insiden kebocoran radiasi di loji Fukushima Daiichi di utara negara itu akibat bencana gempa bumi dan tsunami, 11 Mac lalu.

Sebelum ini, sisa radioaktif turut dikesan di dalam sayuran, teh, susu, makanan laut dan bekalan air tetapi kerajaan Jepun memberi jaminan ia tidak berada pada tahap membahayakan kesihatan pengguna.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku