CERITA TERBARU

Thursday 15 December 2011

Syarikat Penerbangan Thai Ambil Pondan Jadi Pramugari

Penulis tak tahu sama ada nak geleng kepala atau nak gelak dengan berita ini.

Sebuah syarikat penerbangan Thailand yang baru saja beroperasi, PC Air, membuat langkah mengejutkan dalam ‘merekrut’ pramugari mereka.

Syarikat ini mengambil keputusan menerima pondan sebagai pramugari, pergh!

Pramugari transeksual ini merupakan pramugari ‘batch’ pertama yang diterima syarikat penerbangan ini.

Daripada lebih dari 100 orang pondan yang memohon, tiga daripadanya diterima berkhidmat.

Salah seorangnya pemenang pertandingan ratu cantik transeksual Thailand- Miss Tiffany Universe 2007- Thanyarat Jiraphapakor.

Kriteria pemilihannya sendiri dikatakan tidak berbeza dengan kriteria para pramugari lainnya.

Syarikat tidak kisah sama pondan-pondan itu telah ‘membuang’ zakar mereka atau tidak, yang penting mereka mesti memiliki kemampuan komunikasi yang baik dan sanggup memberikan pelayanan yang sempurna.

Kekadang bila difikirkan balik, bagus juga bagi peluang pada golongan ini daripada mereka dok bertenggek di lorong-lorong gelap tu.




p/s: lepas ni susah lah kaum perempuan nak cari makan..hahahah

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku