CERITA TERBARU

Monday 2 January 2012

901 & 916: Anwar tak pandai matematik

Mahkamah akan memutuskan kes liwat Anwar Ibrahim pada 9hb Jan (901) kelak.

Semalam uber blogger Raja Petra Kamarudin meluahkan pendapat beliau tentang proses pengadilan kes tersebut serta kesan yang bakal timbul ke atas perkembangan politik tanahair.

Komen Raja Petra telah menaikkan amarah golongan Anwaristas dan Evangelistas yang terus mengamok sakan di lubuk-lubuk kegemaran mereka.

Malah laman Malaysiakini hari ini memampangkan tajuk berita utama ‘Raja Petra — dari wira menjadi sifar‘.

Sekiranya kita membuat perhitungan realistik, angka-angka di protes jalanan (membantah keputusan mahkamah sekiranya Anwar didapati bersalah) dijangka amat kecil. Saiz perhimpunan ala Reformasi 1998 tidak akan berulang.

Tinjauan pendapat khalayak ramai juga menunjukkan Anwar ketinggalan di belakang Najib Razak dari segi populariti.

Harap-harap wartawan media alternatif akan mampu mengira dengan lebih jitu jumlah pendemo yang menghadiri perhimpunan 901 nanti dan tidak sekali lagi memperbesarkan angka mengikut selera.

Setinggi-tinggi tupai melompat

916 merujuk kepada tanggal 16hb September 2008 dan niat meletakkan Anwar sebagai perdana menteri.

Semasa kempen pilihanraya umum Mac 2008, DAP merayu undi atas dasar pembangkang harus diberikan peluang untuk ‘semak dan imbang’ kerajaan.

Pujukan Lim Guan Eng kepada pemilih ialah supaya menafikan BN majoriti dua pertiga yang dipegang parti pemerintah selama itu.

Namun menjelang 916 – iaitu hanya enam bulan selepas mereka menumbangkan BN di lima buah negeri – Pakatan sudah bercita-cita untuk mengusir Umno dari Putrajaya.

Ke mana pergi sikap merendah diri kononnya yang ditonjolkan pada PRU12? Sewaktu berkempen tidaklah parti pembangkang berkata mereka mahu pemilih mengguling kerajaan pusat dan Pakatan dinaikkan sebagai ganti.

Kaduk naik junjung
Sebaliknya ada sesetengah politikus DAP yang takbur waima julung kali sahaja mengecap kuasa. Contohnya Hannah Yeoh di posting mengupas usaha 916.

Hannah, yang menyokong percubaan Anwar untuk menumpaskan BN pada Hari Malaysia 2008, telah menulis di blognya:

“… Dato’ Seri Anwar Ibrahim claimed to have the numbers to form the new federal government, he wrote to PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi requesting him to convene an emergency sitting of Parliament. This was rejected by the PM.” — ‘A mockery of our democratic institution‘ (6 Feb 2009)

Bagaimana Hannah boleh kata perdana menteri tidak bertindak dengan betul? Sebenarnya tiada sebab untuk PM melayan tuntutan Anwar supaya dipanggil satu sidang tergempar Parlimen.

Ketika itu agihan kerusi Dewan Rakyat ialah BN 140, Pakatan 82. Jelas bahawa kerajaan berada di kedudukan yang mantap. Maka jika dilihat dari segi tatacara dewan, desakan Anwar yang sewenang-wenang itu tidak beralasan.

Seterusnya Hannah Yeoh menulis dalam rencananya:
“The next constitutional option is to press for the dissolution of Parliament to make way for fresh new elections. That was also not entertained.”

Alahai! Sesiapa yang pernah belajar ilmu hisab tahap tadika pun boleh mengira bahawa Abdullah Ahmad Badawi mempunyai kelebihan 58 orang MP.

Jadi buat apa Pak Lah mesti hendak tunduk kepada ugutan Anwar supaya Parlimen dibubarkan? Tak masuk akal sebuah kerajaan yang kukuh dengan majoriti 58 kerusi diminta menjalankan pilihanraya baru.

Alangkah malangnya tuhan tidak menganugerahkan kepandaian logik dan matematik kepada kedua-dua si ketua umum PKR dan si imam mahdi kaum Yeopies (Hannah Yeoh punya groupies) itu.

Yang memaki-maki dengan cacian ‘katak’ dan ‘jual diri’ pun orang Pakatan yang melebih-lebih.

Masih menegakkan benang basah, Hannah mempertahankan tindakan kerajaan negeri Pakatan (pentadbiran Nizar Jamaluddin) menerima Adun Bota yang mula-mula sekali ‘melompat’ di Perak. Dia juga menolak dakwaan bahawa Anwar yang terdahulu memancing ‘katak’.

Kudeta di Perak adalah langkah yang tidak wajar oleh BN.

Ia memberi pengajaran on hindsight (imbas kembali) kepada kita tentang keadaan huru-hara yang pasti tercetus jikalau 916 berjaya dilaksanakan.

Meskipun begitu, pula ada penyokong-penyokong pembangkang yang sekarang ini ghairah mencemuh Lim Boo Chang, peniup wisel projek sPICE. Yeopies yang dua kali lima dengan Anwaristas dalam bakat matematik kreatif mereka tidak reti hendak mencerminkan diri.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku