CERITA TERBARU

Thursday, 5 January 2012

Farid Kamil dan Diana Danielle Kahwin 2012?

Pasangan sehati sejoli, Pelakon yang juga pengarah Farid Kamil dan Diana Danille hampir tiga tahun pasangan ‘diam-diam berisi’ ini menyulam cinta mereka. Meskipun satu ketika mereka pernah putus, dikatakan pada bulan Mei berikutnya mereka kembali mengikat cinta yang kembali bertaut dan dikatakan Diana sendiri yang mengesahkan di laman Twitternya.

Dikatakan pasangan Farid dan Diana agak ‘menyorokkan’ sesuatu daripada pandangan media yang mana dikatakan lagi, sepanjang berada di lokasi, Farid dan Diana cuba untuk tidak duduk bersama-sama. Malah, ketika sesi bergambar beramai-ramai dengan pelakon lain serta pengarah pun, Diana menolak untuk bersebelahan dengan Farid.

Walaubagaimanapun, perlakuan yang menampakkan seperti tidak sehaluan itu, Farid dikatakan ketika ini sedang menunggu seru ke arah kebaikan dipercayai bakal bernikah dengan Diana. Tambah lagi, sudah ada perbincangan yang terperinci tentang ‘perkara itu’ (kahwin), tapi bila tarikhnya, tidak diketahui lagi. Ujar Farid Kamil.

Sementara Diana pula turut menyatakan, hubungan dia dan Farid, dalam keadaan baik dan tidak berlaku permusuhan diantara mereka. Diana juga tidak menafikan yang mereka ada membincangkan mengenai perkahwinan dengan lanjutnya lagi. Hanya sekadar bercakap. Memandangkan usianya pun masih muda yang baru mencecah 20 tahun, ”banyak perkara yang perlu dipelajari untuk bergelar isteri”. Ujar Diana pula.

Tegas Diana lagi, beliau akan menyambung pelajarannya dalam masa terdekat ini, juga Farid Kamil yang ketika ini melanjutkan pelajarannya di luar negara.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku