CERITA TERBARU

Tuesday 3 January 2012

jangan lebih bila berkasih

Ermm.. Ntahla.. Aku sebenarnya masih dalam mood sangat tak best.. Aku pon tak tau kenapa.. Segala yang aku buat serba tak menjadi.. Sangat merungsingkan.. Banyak sangat ‘kenapa?’ muncul dalam kepala otak aku nie.. Cuba melupakan dengan tidur, kerja, membaca, berjoli sakan tapi semua serba tak kena.. Ok lah.. Aku dah lari dari tajuk entry nie..

Semalam aku meyaksikan betapa bodoh dan dayusnya seorang insan yang berjantinakan lelaki.. Aku sendiri yang seorang lelaki (malah sejati, kuat, tampan, er.. lebih pulak) berasa malu dengan sikapnya itu.. Hal terjadi bila dia kehilangan kekasih dan harta benda sekali.. Pakej! Yang lebih memalukan bila kes ini berlaku atas kesilapan diri sendiri.. Ermm… Yang aku mampu lakukan hanya memberi nasihat dan kata perangsang jer lah..

Ini komen aku dengan kejadian atas nie..

Bila berkasih segalanya mungkin akan lupa.. Segalanya akan jadi sempurna.. Tapi selalunya orang akan lupa dimana nilai sebenarnya.. Aku selalu tekankan, jangan percaya 100% pada kekasih sendiri.. Dan berani aku katakan pada suami atau isteri sendiri pon jangan dipercaya 100%.. Ini adalah untuk langkah berjaga².. Hati manusia boleh berubah.. Bila² masa..

Jangan beri segalanya pada si dia.. Lantak la dari segi apa pon.. Harta benda, kasih sayang, ataupun ‘mahkota’ diri.. Semuanya perlu ada limit.. Bataskan segalanya.. Tapi jangan la sampai kedekut sangat.. Nanti akan ada syak wasangka pulak.. Pandai² la hidup.. Dunia bukan segalanya pentas kejujuran..

Dan yang paling penting, bersedialah untuk segala kemungkinan.. Apa yang paling ditakutkan mestilah berpisah.. Ya memang, memori bukan senang dipadam.. Tapi set pada minda sendiri andai kamu berpisah jadikan ia hanya sekadar pengalaman yang mana akan mengajar lebih matang di satu hari nanti.. Donut bukan seketul, hotdog bukan sebijik! er.. buat² paham jer lah.. haha.. Tuhan dah sediakan kamu dengan jodoh yang baik..

Kadang² aku memang memaki hina cerca (hanya dalam hati) dengan insan² lupa diri bila berkasih nie.. Tak kira la lelaki ke perempuan.. Faktanya tetap sama.. Ya aku mengaku, aku pernah serahkan kasih semuanya pada seseorang.. Tapi akhirnya kecewa.. Tengok! Kan aku cakap.. Ini pengalaman.. Segalanya tetap dalam simpanan tingkah perlakuan dalam memori akal aku nie.. Aku kian melalut… Salam..

but...........!!!!!

p/s;.. sayang dan cinta seseorang biarlah melalui hati..bukan melalui perasaan..kerana perasaan boleh berubah pada bila-bila masa...so ingat-ingat lah ye...

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku