CERITA TERBARU

Thursday 19 January 2012

Pakar Bedah Terkejut Jumpa Kaki Dalam Otak


COLORADO SPRINGS – Sekumpulan pakar bedah di sini terkejut apabila menemui satu kaki kecil dengan beberapa bahagian badan lain di dalam otak seorang bayi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar bedah itu menemui kaki tersebut ketika melakukan pembedahan untuk membuang apa yang dipercayai pada mulanya sebagai tumor.

Bayi itu, Sam Esquibel yang berumur tiga bulan, digelar bayi ajaib kerana masih hidup selepas pembedahan dilakukan oleh sekumpulan doktor di Hospital Memorial Colorado Springs.

Mereka mula mengesan tumor pada otaknya dengan menggunakan mesin pengimbas ultrasound ketika ibu Sam, Tiffnie Esquibel sedang hamil.

“Saya terpaksa berhenti seketika selepas melihat kaki itu tiba-tiba keluar dari ketumbuhan tersebut kerana saya tidak pernah melihat kaki berada dalam otak,” kata pakar bedah saraf, Dr Paul Grabb.

Pakar itu akhirnya membuang semua ketumbuhan itu yang turut mengandungi satu paha dan tangan.

Pakar-pakar percaya bahawa kaki itu merupakan teratoma iaitu tumor yang mengandungi beberapa tubuh badan yang tidak sempurna. – Agensi

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku