CERITA TERBARU

Sunday 8 January 2012

Pilihan Diri :Teman Ke Syurga



Assalamualaikum semua.. selamat malam..jarang aku membuka tirai blog kebahagiaan aku pada malam hari ini~~ erm ntah la bila hati meronta-ronta menyampaikan bicara hati..sekadar ingin berkongsi..=_= bukan menjadi lelaki yang tergedik2 ke ape ye..perlu meluah keinginan diri dalam memilih pilihan teman hidup aku lebih2 aku terbaca ciri-ciri yang aku ingin selama ini...


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.(pawagam,tmpt karoke dll)

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan/lelaki lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



p/s :


  • sekadar berkongsi apa yang aku inginkan...bagi pilihan diri yang bakal menjadi jodoh aku.. jika kurniaan Allah disebaliknya, aku wajar dan wajib meredhai-Nya kerana Allah ingin aku terus kuat untuk yakin segalanya atas kurniaan-Nya penuh bernilai.. doakan terbaik buat diri ini..



  • akhir2 ni hati ini terlalu bicara soal hati dan jiwa..erm ntah la saat memerlukan kekuatan seorang teman yang dapat pimpinkn diri ini ke syurga telah tiada..



  • Allah hebat dengan memberi pelbagai perasaan buat diri ini sayang,cinta, dan menghargai.. Subhanaallah..
    terima kasih buat teman2 yg memberikan sokongan tika aku memerlukan.. aku tahu segala kerana Allah yang berikan...Alhamdulillah..



  • carilah pasangan yang memimpin kita ke syurga dan itu yang terbaik dan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat



  • sekarang aku mengulangi pembacaan buku '' Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul''
    benar2 mencelik kan mata hati ini...walaupun sudah berulang kali dibaca..



  • Ya Allah hanya Engkaulah tempat bergantung sepenuhnya setelah doa dan usahaku kerana-Mu..perkenankanlah doa hamba-Mu yang kerdil dan lemah ini..



  • kehadiran seseorang insan mempunyai ciri-ciri seperti ini pernah hadir dalam hidupku, namun siapa aku? untuk dia menjadi milikku.. jodoh urusan Allah.. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dia bersama insan tersayang..dia tetap teman aku dunia akhirat.. ='(


  • “Hati tak boleh dipaksa. Sebab hati adalah segalanya. Kita tak boleh memaksa orang menyukai kita, apatah lagi kita menyukai seseorang. Sejauh mana kita menyukai seseorang itu, hatta dia sudah menjadi milik orang sekalipun, kita tidak akan bisa melupakannya. Kerana setiap kenangan, bicara, perilakunya tersimpan indah dalam ruangan memori kita. Ada yang cuba menukar gantinya dengan kenangan dan orang yang baru. Namun hakikatnya, hati tak boleh ditipu sesiapa. Kerana ia raja bagi jasad kita...”



  • kini mensolehahkan diri ini dalam mencari redha Allah dan Rasul terlebih dahulu serta mencari cinta hakiki yang memberi kekuatan buat diri ini...

  • p/s: bercakap soal hati ni..mad teringat kepada seseorang yang amat pandai menilai tentang hati..sehingga mad begitu tertarik dan amat meminati dirinya..dan dia juga membawa mad kedunia blog ni..mad harap dia sentiasa bahagia selalu...amin..!!

    No comments:

    Post a Comment

    SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

    linkwithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku