CERITA TERBARU

Friday 20 January 2012

SYARAT PELIK, TUNJUK ANU BARU BOLEH URUT

GEORGETOWN: Tunjuk alat sulit, baru boleh masuk. Itulah syarat pelik yang dikenakan sebuah pusat urut untuk lelaki songsang terhadap pelanggannya sebelum dibenarkan mendapatkan perkhidmatan di premis berkenaan.

Lebih menjijikkan perbuatan itu perlu dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pintu masuk premis, selain memantau kehadiran pihak berkuasa.

Tindakan menunjukkan kemaluan itu dikatakan menjadi kod pengenalan diri kepada pelanggan untuk masuk ke pusat urut berkenaan.

Perbuatan tidak bermoral di premis berkenaan terbongkar apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Ops Noda yang bermula jam 4.30 petang di premis berkenaan yang terletak di Midlands Park, Jalan Burmah di sini, dijalankan selepas polis menerima maklumat mengenai perkhidmatan seks luar tabii di premis itu.

Selain itu, premis berkenaan diserbu selepas dikatakan turut menjalankan operasi rumah urut tanpa lesen. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, semasa serbuan dijalankan, dua lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan kerana disyaki melakukan hubungan seks luar tabii.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku