CERITA TERBARU

Wednesday 1 February 2012

TAWAU | HANYA KERANA TERPIJAK KASUT,REMAJA DIBUNUH

TAWAU: Gara-gara terpijak kasut pada majlis kenduri dan tari menari di Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Remaja lelaki berusia 16 tahun yang cedera di perut, muka, kepala dan tangan itu mati di Hospital Tawau pada pukul 3.20 petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Superitendan Ibrahim Chin berkata, siasatan awal polis mendapati remaja rakyat asing itu dipukul menggunakan kayu dan tangan olehsekumpulan lelaki berusia 17 dan 23 tahun yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

“Mereka menunggunya di bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan. Sebaik mangsa yang menaiki motosikal tiba bersama dua rakan lain, mereka diserang secara tiba-tiba menggunakan kayu dan tangan.]

“Dua rakan mangsa sempat melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata, sehubungan itu, polis menahan lapan remaja dengan dua daripadanya rakyat asing dua hari lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, seorang lelaki rakyat Indonesia berusia 29 tahun mati ditikam, disyaki oleh rakan sebiliknya di sebuah rumah pekerja di Kem Luasong, kira-kira 110 kilometer dari sini.

Kejadian pada pukul 6 pagi Ahad lepas itu dikatakan hanya disebabkan lelaki itu membawa masuk sebuah katil usang ke dalam bilik yang dikongsi dengan seorang rakyat Filipina berusia 39 tahun itu, kata Ibrahim. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku