CERITA TERBARU

Monday 12 March 2012

10 Nasihat Untuk Lelaki

Khusus untuk lelaki, ada sedikit nasihat untuk anda dalam melayari kehidupan sebagai orang bujang. Ia juga membantu anda mengenali diri.

1. Jangan membuat keputusan dia adalah yang terbaik
Apabila anda baru mengenali seseorang yang anda sukai, jangan terus membuat keputusan dia adalah wanita terbaik untuk anda. Biarkan masa berlalu dan dari situ anda boleh membuat penilaian sama ada dia sesuai atau tidak dengan anda. Jika anda terus membuat keputusan, takut nanti menyesal tak sudah.

2. Peraturan tiga hari
Bunyinya sedikit aneh tetapi jika anda seorang yang tidak peduli pada sesuatu misalnya apa yang terjadi di sekeliling anda atau pada kekasih dalam masa tiga hari, anda sememangnya seorang yang tidak akan peduli kepada orang lain pada masa-masa akan datang. Jadi jangan buang masa begitu sahaja kerana kekasih anda pasti sakit hati.

3. Tidak suka, tukarkan saja
Jika anda tidak suka kepada sesuatu yang anda kena lakukan, lupakan saja. Jangan ambil peduli langsung. Jika anda tidak mahu menukarnya, tukarlah sikap anda.

4. Bersabar dengan kerjaya
Pekerjaan adalah bidang penting bagi lelaki bujang. Melalui pekerjaan, anda akan memperoleh wang di mana dengan wang, anda boleh membeli apa saja yang anda sukai. Baju, barang, telefon bimbit, membayar sewa rumah, membayar kereta dan banyak lagi. Punya wang juga bermakna anda punya kekasih kerana wanita biasa akan datang kerana tahu anda punya kerja dan bukannya penganggur. Lebih baik kerjaya anda, lebih berpelajaranlah kekasih yang akan anda temui. Justeru itu, jagalah pekerjaan anda sekarang kerana ia ibarat nyawa anda di masa depan. Tiada pekerjaan bermakna, tidak kekasih dan tiada masa depan. Suka atau tidak dengan kerja anda sekarang bersabarlah. Jika sudah tidak boleh bersabar bermakna anda perlu menukar kerja. Paling utama, anda kena menganggap pekerjaan sebagai satu ibadah bukan saja untuk diri tetapi juga keluarga.

5. Kekal dengan kritikan anda
Sesetengah orang tidak suka dengan kritikan yang pedas. Mereka ber anggapan lelaki begini mulut celupar dan tidak pandai menjaga perasaan. Namun jadilah diri sendiri. Kalau anda berasakan diri anda betul dan fakta yang kuat menyokong hujah anda itu, kekalkanlah ia walau pun ia mungkin menyakitkan hati orang lain.

6. Berikan keutamaan pada yang perlu
Jangan sesekali memberi harapan palsu sebaliknya anda harus berpegang teguh kepada keutamaan yang lebih berhak. Maksudnya, jika anda sudah ada kekasih, jangan mengutamakan orang lain. Takuti anda akan melepas kedua-duanya kerana sikap diri sendiri.

7. Jangan bercerita jika ia adalah rahsia
Rahsia tetap rahsia. Ia tidak dinamakan lagi rahsia jika anda sudah menceritakannya kepada orang lain. Ada kalanya menceritakan rahsia hati adalah sesuatu yang merbahaya kerana ia mungkin mengundang persoalan di hati orang lain. Simpanlah rahsia diri jika anda merasakan tidak perlu bercerita. Kadang-kala kita memilih tidak berahsia untuk nampak jujur namun ia lebih mengundang masalah.

8. Jaga penampilan
Penampilan penting bagi orang bujang. Penampilan kemas mampu menaikkan ''nilai diri'' anda di mata wanita. Tanyalah mana-mana wanita, mereka tentunya akan memilih yang sedap mata memandang dan bukannya lelaki selekeh serta tidak pandai menjaga penampilan diri. Tahukah anda, jika anda berpenampilan kemas, anda akan menjadi tumpuan wanita-wanita bujang yang pastinya mengimpikan mahu keluar dengan anda. Tidak percaya, ubah penampilan dan anda nampak kesannya.

9. Jangan buat
keputusan saat marah Marah umpama bom meletup. Macam-macam boleh terjadi bila marah. Segala rahsia akan terbongkar malah ia boleh memutuskan sebuah perhubungan. Sabar dan redhalah dengan setiap perkara, nescaya anda akan peroleh jawapan paling tepat.

10. Kenali masalah dan tanganinya dengan segera
Sama seperti marah, masalah adalah perkara utama yang perlu diselesaikan pada saat ia timbul. Kadangkala masalah datang kerana anda sengaja mencarinya tetapi masalah juga boleh datang secara tiba-tiba. Walau apa pun yang berlaku, anda harus bijak menanganinya kerana masalah kecil mampu membarah jika tidak dikawal. Berjaya mengawal masalah bermakna, anda mampu menangani kehidupan dengan lebih baik.

p/s..sekadar perkongsian bersama..

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku