CERITA TERBARU

Monday 5 March 2012

JODOH

Bismillah
Lewat kebelakangan ini selalu saya ditanyakan tentang jodoh. Daripada makcik-makcik yang ditemui., keluarga saya sendiri dan kawan-kawan pun ada. Sampai saya pun pelik.kadang geram pun ada juga..apapun senyum sajalah  walaupun hakikatnya tak ikhlas...

Terbaru, saya mendapat panggilan daripada seseorang kawan saya..memberitahu bahawa teman lelakinya masuk merisik...,so tumpang gembira jugalah atas berita itu..

Mungkin orang-orang yang bertanyakan saya tentang perkahwinan ini adalah orang yang cukup risau sama ada saya akan bertemu jodoh atau tidak. Lebih-lebih lagi apabila saya tidak pernah menunjukkan minat kepada mana-mana wanita(yang maksudnya tak pernah ada girlfriend), ataupun mereka risau saya tidak dapat bertemu jodoh yang sesuai with my 5'8" height. Aha..!

Satu perkara yang mungkin makcik-makcik ini terlepas pandang ialah, tidak menunjukkan minat untuk mempunyai teman wanita bukanlah bermaksud kita tak mahu berkahwin. Mungkin bila melihat anak kawan-kawannya sudah berpasangan dia mula risau bila kita tak ada pasangan. Tambahan pula, bila kita berada dalam bidang aktif berkerjaya ini, agak kurang waktu untuk bersosial. Mungkin anda yang membaca ini pun pernah mengalami situasi yang sama dengan saya.

kita biasa mendengar perkataan ini..""kalau jodoh tak kemana.."" tetapi macam mana nak temui jodoh kalau kita sendiri tidak meletakkan diri @ komitmen kearah itu..jodoh bukan macam barang yang boleh beli kat supermarket saja..tetapi ia adalah hal yang berkait rapat soal masa depan kehidupan kita nanti..

apa yang baca..ada beberapa factor kenapa jodoh lambat
@ belum bertemu jodoh..!!

1.usaha belum sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.(dr fadzilah kamsah..)

2.belum benar benar bersedia..

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3.tiada daya penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4..doa tidak makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5..restu ibu bapa tidak total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. tidak setaraf..

ini antara sebab yang paling banyak kita hadapi..tidak setaraf..dari pendidikan..kerjaya..keluarga..penampilan dan banyak lagi..takut untuk meletakkan diri bersama..kerana perbezaan fahaman..berfikiran yang bukan2..banyak membuat andaian..keburukan...

harus diingat.setiap manusia memang inginkan kesempurnaan didalam kehidupan..apalagi mencari pasangan hidup..tetapi mencari pasangan yang betul2 sempurna itu agak sukar...apa yang penting..rehda dan syukur dalam setiap yang dimilki..akan menyempurnakan hubungan yang terjalin itu....














No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku