CERITA TERBARU

Monday 5 March 2012

tips.!! menambahkan keuntungan menambahkan conversion rate

Tip lepas untuk menambahkan keuntungan adalah dengan cara menambahkan pasaran. Bila kita tambahkan pasaran ke market yang baru, maka, jumlah prospek pun bertambah. Prospek bertambah = pelanggan bertambah = keuntungan bertambah.

Tapi, satu lagi perkara yang patut kita lakukan dalam waktu yang sama juga adalah tambahkan conversion rate pelanggan kita.

money.jpgConversion rate bermaksud nisbah prospek yang menjadi pembeli. Contohnya, kalau perniagaan Internet, dalam 100 pelawat, berapa yang membeli? Mungkin sorang membeli. maka, nisbahnya adalah 100:1

Kalau perniagaan konvensional, mungkin di kira daripada jumlah orang yang masuk kedai anda. Katalah anda mempunyai SPA. Sehari, 50 prospek masuk ke SPA anda dan bertanyakan perkhidmatan anda. Daripada 50 tu, berapa yang membeli perkhidmatan anda? Mungkin 10… maka, nisbahnya adalah 5:1

Sekiranya anda menjalankan perniagaan insurans, berapa ramai yang mendaftar untuk insurans anda bagi setiap prospek yang anda jumpa sehari? Kata lah anda jumpa 5 prospek sehari. Dan yang mendaftar adalah 2 orang. Maka, nisbah adalah 5:2.

Langkah #1

Ketahui conversion rate atau nisbah prospek:pelanggan untuk perniagaan anda. Ini adalah penting supaya kita tahu sama ada perniagaan kita efektif atau tidak. Contoh seperti 100:1, 5:1 dan 5:2 diatas.

Langkah #2

Tingkatkan conversion rate, iaitu daripada 100 pelawat laman web, boleh tak dapatkan 4 pelanggan? Daripada 5 prospek yang masuk kedai anda, boleh tak ubahkan 3 menjadi pelanggan? Daripada 5 prospek yang anda jumpa, boleh tak ubahkan 3 mendaftar.

Jadi, mengikut contoh di atas, nisbah prospek:pembeli menjadi 100:3, 5:3 dan 5:2.

Bila kita berjaya tingkatkan conversion rate, maka, kita akan mendapat untung yang lebih pada jumlah pelanggan yang sama. Dengan hanya menambah conversion rate, keuntungan pun bertambah.

Cara menambahkan conversion rate? Fokus kepada:

  • Pastikan sasaran adalah bertepatan
  • Menambahkan nilai dan manfaat produk & perkhidmatan anda
  • Memperbaiki cara anda menutup jualan/memujuk pelanggan

  • semuanya terletak ditangan anda..usaha yang penting..

    sumber

    No comments:

    Post a Comment

    SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

    linkwithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku