CERITA TERBARU

Sunday 23 October 2011

7 tip kawal kemarahan....

..."KAU NI TAK FAHAM BAHASA KA..?..

.."KAU NI LAIN KU SURUH LAIN YANG KAU BUAT.."
.."BODOH LA KAU NI...?

..eh!! korang jangan terasa ya..ayat tu bukan untuk korang..tapi antara ayat yang sering keluar dari mulut seseorang bila sedang marah.....korang mcam tu juga kan..kan..kan...hahahah..

..sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah didalam hidup..boleh dikatakan setiap hari kita akan berdepan dengan situasi yang mendorong kita marah..tapi sekiranya sifat ini tidak dikawal ia boleh membawa padah pada seseorang individu itu..stiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya..kerana perbuatan itu berkaitan prinsip dan boleh mempegaruhi kehidupan kita,,

so,, ni ada 7 tip yang boleh kita jadikan panduan..

..sejauh mana tahap kemarahan kamu...
sebelum melepaskan kemarahan..cubalah berfikir apakah kemarahan kamu itu akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara..persoalan ini akan membuatkan kamu berfikir
secara rasianol tanpa dipengaruhi emosi..pasti kamu akan lebih tenang..
..fikir impaknya...yg bakal berlaku..
fikirkan sejenak kesan buruk jika kamu melepaskan kemarahan kamu..adakah akan dapat menyelesaikan masalah kamu..lebih-lebih lagi jika kemarahan kamu melibatkan perkara yang kecil saja..

..letakkan diri kamu sebagai mangsa,,
..ketika marah..cuba letakkan diri kamu sebagai diri orang yang kamu marahi..fikirkan jasa dan kebaikan yang pernah dilakukan denganmu..contoh: jika kamu merasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain..fikir secara rasional... bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian..

..kira dalam hati..
ketika kemarahan kamu sedang memuncak..cuba buat kiraan satu hingga sepuluh didalam hati..dengan keadaan tenang tanpa berkata apa-apa..walaupun keedah ini tidak memadamkan kemarahan kamu..sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit..

..pejamkan mata seketika..
ketika marah pejamkan mata seketika..bayangkan kamu berada bersama orang yang kamu sayang atau apa saja yang indah..jika keadaan kamu tidak mengizinkan kamu memejam mata..cukuplah dengan membawa fikiran kamu kesana..

..tarik nafas perlahan-lahan,,
antara cara yang paling mudah..ialah.. dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan kamu..fokus pada penafasan kamu dengan memastikan nafas ditarik perlahan-lahan dan disedut sedalam-dalamnya..dan hembuskan keluar..nikmati dan rasakan....

..luah pada kawan@ orang yang boleh menasihati..
jika kesemua cara diatas masih belum meredakan kemarahan kamu..luahkanlah kepada orang yang kamu anggap sesuai..seperti kawan..kekasih...agar kamu tidak dibelenggu tentang perkara tersebut..

..sedikit panduan..
jangan biarkan kemarahan
menguasai hidupmu...
.....senyum selalu......

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku