CERITA TERBARU

Saturday 29 October 2011

kesalahan tidak bertegur sapa..

jejaka simple berceloteh..??


....assalamualaikum...

.didalam pemikiran setiap kita manusia ada cara tersendiri..hinggakan membuatkan kita selalu membuat perkara mengikut kehendak diri,,sehingga mendorong kita untuk bersikap pentingkan diri..bila ada yang membantah atau tidak sehaluan dengan kita mulalah kita bersikap marah..dendam..sakit hati hingga membawa kepada keadaan tidak mahu bertegur sapa..sikap ini banyak terjadi disebabkan beberapa factor lainya..tetapi yang selalu terjadi ialah tidak sependapat...


..perkara ini sering terjadi kepada segelintir daripada kita...malah didalam hubungan kelurga..pasangan kekasih..rakan sekerja memang sering berlaku..dengan alasan tersendiri..kita sering melihat..antara ayah dengan anaknya..antara kekasih dengan pasanganya,..malah antara jiran dengan jiranya...tidak bertegur sapa bukan sehari dua..malahan ada yang berminggu-minggu..berbulan-bulan..bertahun pun ada..

..sebenarnya sikap tidak bertegur sapa ini tidak baik didalam kehidupan masyarakat kita.. malah didalam islam juga mengharamkan sikap tidak bertegur sapa ini..dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh..: iman at-tarmizi. diceritakan daripada seorang sahabat nabi saw yang bernama abu ayyub al-ansari bahawasnya nabi bersabda..

              yang bermaksud" tidak halal bagi seorang islam itu tidak bertegur sapa saudaranya lebih
                dari tiga hari. berjumpa keduanya..maka berpaling seorang ketempat lain
                 dan seorang lagi ketempat lain..MAKA YANG LEBIH BAIK ANTARA
                   KEDUANYA IALAH SIAPA YANG MEMULAKAN SALAM,,"

..daripada hadis ini dapat kita pengajaran bahawa..orang islam sesama kita jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa..selama 3 hari..jika selama tempoh 3 hari itu masing-masing sudah berbaik..maka perbuatan itu dimaafkan..kerana tabiat manusia itu memang ada sifat marah..moga-moga dalam tempoh 3 hari itu masin-masing akan hilang dan kembali sejuk untuk berdamai..tetapi sekiranya lebih daripada 3 hari masih juga tidak bertegur sapa..maka hukumnya adalah haram dan dikira berdosa..keduanya...


pelbagai kerenah dan ragam dapat kita lihat mereka yang tidak bertegur sapa ni...duduk dalam satu pejabat tetapi muka berpaling kearah lain...jumpa dimana-mana seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain...dan ada yang lebih teruk sampai simpan dendam...sehingga tujuh keturunan..amboi...dah lebih-lebih ni...kalau lihat kerenah mereka ni..macam filem melayu pun ada jugak..

so...marilah kita mulakan hari ini..jika ada yang selama ini kita dendam..tak bertegur sapa..lebih-lebih lagi jika ianya adalah ibubapa..keluarga,..saudara mara..cepat-cepatlah kita mulakan..tepiskan ego..sekarang bukan masanya nak salahkan sesiapa...jika niat kita ikhlas memaafkan orang INSAALLAH... hidup kita akan lebih bahagia....

jangan rosakkan kebahagian hubungan persaudaraan sesama islam hanya kerana tidak bertegur sapa...moga saja hidup kita ini jauh dari sifat-sifat tidak baik..apa yang penting mulakan dari dalam diri kita dahulu...
wassalam....

sekadar peringatan..

                                         muhammad yamaluddin
                                        kenali hati bukan wajah

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku