CERITA TERBARU

Saturday 29 October 2011

nasi lemak hujung minggu..

..jejaka simple berceloteh,,,??

hai korang apa khabar ..? haraap korang sihat..!
..ah! kalau hujung minggu ni selalunya la kan..korang buat apa..?
mesti ada yang masih tido lagi ni....k..k.. tak apa janji korang happy..!!

..selalunya kalau hujung minggu macam ni mad lebih suka duduk rumah ja..bersama  keluarga tersayang.
sambil  kemas rumah  buat aktiviti gotong royang la katakan..best sangat...masa yang paling berharga bersama kelurga...dengan kerenah dan ragam masing-masing....mesti korang tak tahu lagi kan yang mad ni sebenarnya minat memasak ni....maklum lah suka tolong ibu didapur...anak mak la katakan...hahahah

..selalunya kalau hujung minggu macam ni.adalah resepi untuk sarapan pagi yang istimewa...antaranya..nasi lemak..ni memang kesukaan kami sekeluarga..lebih-lebih lagi kalau mad yang masak..(eh..masuk bakul angkat sendiri nampak..)
 so..mad nak kongsikan dengan korang lah..
serba sedikit dalam menyediakan nasi lemak ni..

tapi sebelum tu..kena baca bismillah dulu..ehmm..
takut tak jadi pula..

ni bahan-bahan untuk nasi..
3 cawan beras..
1 cawan santan..
3 cawan air(anggaran saja.kadar ikut jenis beras yang anda guna..boleh tambah jika diperlukan..)
3 hiris halia..
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah (dihiris)
sedikit garam...

cepat salin..ah tu la korang malas turun dapur..halia pun tak tahu..jangan marah main-main ja..
seterusnya..CAMPURKAN  kesemua bahan- bahan tadi didalam rice cooker(periuk nasi) dan masak seperti biasa ..ala macam korang masak nasi tu..

seterusnya..ni bahan-bahan untuk sambalnya pula..(ah..korang kira senang mau masak nasi lemak padam muka korang..asyik beli ja kat kedai..malas mahu masak sendiri..)

6 sudu besar cili giling(cili kering yang yang dilumat@dikisar)
3 ulas bawang merah- ditumbuk
2 ulas bawang putih- ditumbuk
1 labu bawang besar- ditumbuk dan 1 labuk bawang besar lagi dihiris..
segengam ikan bilis.(sebahagian ditumbuk..dan sebahagian lagi digoreng)
sedikit air asam jawa.
sedikit belacan jika suka
sedikit garam.. dan serbuk perasa..(ikut selera)

cara membuat sambal...

1.tumis cili giling.bawang merah.bawang besar.. bawang putih.. ikan bilis..dan belacan hingga  pecah minyak.

2.masukkan air asam jawa.. bawang besar hiris.. dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat..

3.bila sudah mendidih..sesuaikan rasa dan masukkan ikan bilis yang telah digoreng..

bila sambal dah siap tu..perhatikan nasi yang dimasak tadi...perlahankan api..agar nasi tidak berkerak..

bila semuanya sudah masak..hidangkan dan tambahkan dengan sedikit bahan tambahan..
.. ikan bilis goreng..
..timun_ dihiris
..kacang tanah.
..telur rebus..

selamat mencuba....

                                            muhammad yamaluddin
                                          kenali hati bukan wajah

2 comments:

  1. boleh x..kirimkan saya..macam sedap ja ni...minggu depan saya datang..!! boleh rasa nasi lemak buatan mad..boleh,,?

    ReplyDelete
  2. EH..DATANG La.!!! jangan malu2...bleh bantu masak..

    ReplyDelete

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku