CERITA TERBARU

Monday 31 October 2011

masih ada kah lagi cintamu untukku..

..jejaka simple berceloteh..???


..assalamualaikum...

..pagi-pagi ni tiba-tiba sahaja secara kebetulan terdengar lagu daripada rossa..(aku bukan untukmu) ketika dalam perjalanan ketempat kerja..
terasa filling betul la..dibuai dengan lirik lagu yang cukup indah dengan alunan muzik sayu-sayu kedengaran..

..bila dihayati betul-betul...mad teringat kisah seorang sahabat mad. yang tidak mahu namanya dikenali....tentang hubungannya dengan kekasihnya yang semakin hari mula renggang seperti sudah menuju keretakan sebuah kisah cinta...kemanisan..keindahan..kemesraan yang dulunya menwarnai hubungan mereka kini mula pahit..hampir setiap hari..setiap saat ada saja perkara yang akan membawa kepada pertengkaran..sama ada melalui sms.panggilan suara lebih-lebih lagi bila berjumpa...

...bila ditanya..keduanya menyalahkan antara satu sama lain..tidak ada yang mahu mengalah..ego dengan perasaan sendiri..apa yang lebih menyedihkan hubungan punca hubungan mereka disebabkan kehadiran orang ketiga..yang membuat kenyataan sehingga hubungan mereka ini mula retak...

..sahabat mad ini..sering meluahkan masalah hubungannya ini..kadang mad sendiri kesian melihat..orang yang begitu disayangi..dihormati..dicintai seolah-olah telah berubah.....namun hanya nasihat yang mampu mad berikan..

dimana silapnya...????


macam-macam cara telah dilakukan..pelbagai nasihat telah didengari..namun semuanya tidak dapat menemui jalan penyelesaian..makin kusut adalah...benar kata pepatah...setiap percintaan sejati tidak semestinya akan berakhir dengan kebahagiaan..sesungguh tuhan lebih mengetahui segalanya..

..ucapan yang dulunya manis..kini mula pahit..sikap yang dulunya mengambil berat sudah tidak kelihatan lagi..terlihatlah segala keburukan sifat diri..yang dulunya tersembunyi kerana kemanisan cinta..


..mad sendiri pun tidak pasti siapa sebenarnya bersalah..kerana dalam hal ini..kita tidak boleh mendengar hanya sebelah pihak semata-mata..kerana apapun masalahnya masing-masing ada pendirian tersendiri..cuma kerana sikap egonya yang terlalu tinggi.. hinggakan jalan penyelesaian tidak dapat lagi ditemui...dalam hal ini penting bagi kita agar berbincang dan ambil satu kata putus.. agar tidak ada lagi yang menyakiti dan disakiti...memang perit menerima kenyataan ini..namun itulah hakikat yang terpaksa dilalui demi kebahagiaan keduanya..

.percayalah didalam diri.. JIKA JODOH ANTARA KAMU ADA..TIDAK AKAN KEMANA..WALAUPUN JAUH AKAN BERTEMU JUA...kerana kita manusia..HANYA MAMPU MERANCANG TETAPI TUHAN YANG MENENTUKANYA..PERCAYA AKAN ITU...biarlah masa yang menentukanya..


.jika cinta masih ada didalam hati...bawalah ia pergi..tidak salah mengalah jika ianya untuk kebahagiaan orang yang kita sayang..kerana kita kena belajar untuk terima hakikat.. mungkin juga tuhan sengaja mahu menguji hubungan kamu..agar kamu lebih menghargai antara satu sama lain..
..tidak perlu memaksa...takut nanti cinta yang terjalin kembali bukan atas dasar keikhlasan tetapi kesian semata-mata..jika ini berlaku tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku lagi..kerana tidak ada keikhlasan didalam hubungan...walaupun ia hadir..namun tidak sesempurna dengan kehadiran  pertama...


hrap sahabat cekal dengan semua itu...sebab soal perasaan hati susah untuk ditafsirkan dengan kata-kata..
usah menangis disaat kita kehilangan cinta..dia tidak akan mengambil sesuatu darimu... kalau bukan mengantikanya dengan yang lebih baik...

yakin.. dan percayalah..
sesungguhnya tuhan sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi...
oleh itu hanya kepadanya jua mampu kita pohonkan..kerana saat ini sahabat,keluarga tidak dapat memahami apa kita rasa melainkan ALLAH SWT jualah yang lebih mengetahui..

sekadar perkongsian

                                                muhammad yamaluddin
                                               kenali hati bukan wajah



No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku