....jejaka simple berceloteh..???
KEBEBASAN adalah suatu konsep yang diimpikan oleh setiap manusia. Kebebasan adalah cara hidup yang sedang dicari oleh remaja. Kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku selalunya menjadi idaman setiap remaja.
Namun, kebebasan harus difahami dengan betul dan digunakan dengan bijaksana. Jika tidak, kebebasan akan memakan diri sendiri. Memang fitrah kejadian manusia sukakan kebebasan. Jika boleh, bebas seperti burung yang terbang ke sana ke mari tanpa halangan.Jiwa bebas sentiasa menjadi naluri manusia dan remaja.
Dalam Islam kebebasan dipandu oleh pedoman. Pedoman daripada al-Quran menggariskan kebebasan berasaskan syariat. Syariat mengaturkan makna kebebasan iaitu boleh dan tidak boleh Apabila remaja mengetahui sempadan kebebasan, maka kehidupan menjadi teratur dan tertib, tetapi kebebasan yang tidak ada batasan boleh menyebabkan tingkah laku remaja melampaui batas.
...kebebasan menuntut ilmu bagi remaja adalah terbuka luas...bagi remaja islam..sebelum sebelum mempelajari ilmu-ilmu dari tamadun lain.. ia harus terlebih dahulu memahami ilmu-ilmu islam terutama dalam bidang akidah..ibadah.syariah dan akhlak..
menguasai ilmu asas adalah penting bagi remaja kerana ilmu-ilmu barat dapat timur dapat difahami dengan agama.. bayangkan kalau para remaja arif tentang ilmu barat dan tidak tahu memahami ilmu-ilmu islam.. ia akan menyebabkan jalan berfikir yang tidak seimbang,,
tidak salah remaja mempelajari ilmu barat dan timur.. dalam segala bidang.. tetapi kefahaman ilmu-ilmu islam boleh menjadi pedoman yang terbaik kepada remaja.. supaya tidak mudah terpengaruh dengn ilmu-ilmu yang merosakkan...
begitulah juga halnya dalam pergaulan. para remaja islam tidak boleh bergaul secara lepas bebas..kadangkala berlaku pergaulan yang melanggar batasan syarak..
ia menyebabkan remaja tergolong dengan perlakuan zina.menyalahgunakan dadah dan hidup berpoya-poya..
pergaulan sesama remaja. perlu ada batasnya..dengan kebatasan ini dapat mencegah remaja melakukan kemungkaran..oleh kerana remaja mempunyai nafsu tidak boleh dikawal..dengan adanya pedoman ia menyebabkan remaja dapat hidup dengan terkawal dan tertib..ia amat perlu agar potensi dirinya tidak dirosakkan oleh keadaan dan suasana..
kebebasan memberi makna yang sangat berharga bagi remaja,,tetapi jangan lah disalah gunakan..ini kerana remaja bakal menjadi ibu bapa bakal menjadi amanah dan contoh untuk membentuk anak-anak...sekiranya zaman remaja lagi kawalan diri tidak berlaku.. amalan mungkar menjadi kelaziman pada remaja..dan tidak mustahil tabiat ini bakal diwarisi...
remaja juga bakal menjadi ahli ilmu.. ilmu yang dimilki dan pemikiran yang berkembang mestilah mempunyai etika dan nilai..ilmu yang beretika dan pemikiran yang bernilai bakal membentuk manusia yang dewasa dan matang..
remaja juga bakal menjadi pemimpin.. dan pemimpin yang baik.. adalah yang tangkas dan cerdas..yang paling penting pemimpin yang menjadi contoh ikutan yang baik..
watak seperti ini. hanya berlaku sekiranya para remaja dapat membangunkan potensi diri dengan memahami batas boleh dan tidak boleh..batas agama dosa dan pahala..
oleh itu,,amat penting bagi remaja..memiliki watak yang stabil supaya remaja memiliki kekuatan untuk mengharungi hidup.....
sekadar perkongsian bersama.
sumber dipetik..
muhammad yamaluddin
kenali hati bukan wajah
No comments:
Post a Comment
SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..