CERITA TERBARU

Saturday 22 October 2011

waspada dengan teman..kaki hasut...

..assalamualaikum..pernah  tak korang jumpa teman seperti ini,,,pernah kan...!
..so kali ni mad nak kongsikan dengan korang pulak tentang kaki hasut..
..bersahabat dengan seseorang yang suka menghasut merupakan satu perkara yang perlu dielakkan..
kehadiran orang seperti ni bukan saja akan memporak perandakan hidup malah membuatkan sesuatu hubungan berpecah belah..so penting sekali kamu kenal sifat seorang kaki penghasut ini..agar kamu tidak terperangkap...

..membuat orang bertambah marah..
..orang macam ni paling suka dan seronak melihat orang sedang marah..supaya bolehlah dia menambah gula. garam agar kemarahan kamu bertambah...

..pengaruhi kamu agar memusuhi orang lain..
orang lain yang bermasalah tetapi kamu pulak yg diajak bersama-sama untuk membenci.sedangkan orang itu sedikit pun tidak bersalah kepada kamu..hati-hati.. kerana perkara inilah yang sering dilakukan oleh seorang penghasut..

..membesarkan masalah..
seorang tukang hasut hobinya memang gemar untuk membesar besarkan masalah..daripada masalah kecil kepada besar agar nampak lebih meriah....so jaga-jaga tau..

..menjatuhkan orang lain..
si tukang hasut ini suka untuk menjatuhkan orang lain dengan pelbagaai cara..mulai dengan menyebarkan gosip.. sehingga menciptakan
suasana yang tidak aman...


,,mementingkan diri..
orang yang kaki penghasut sememangnya tidak akan memikirkan perasaan kesan yang bakal berlaku..demi agenda dan keinginanya sendiri..walaupun dengan sahabat.kekasih.maybe kelurga sendiri..


peramah...
..apa yang pasti..mereka yang kaki penghasut ni.. bukanlah seorang yg pendiam..tetapi seorang yg peramah..dan pandai berkata-kata..dia mudah sekali mempegaruhi orang serta pandai mencari helah agar tertarik pada perbincangan yang panas....

sebagai panduan..berhati-hati jika korang berjumpa dengan
orang seperti ini...cara yang terbaik ialah..jangan berkawan
denganya@jauhkan diri anda..k..salam semua..

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN MAHUPUN KRITIKAN AMAT DIALU-ALUKAN..AGAR DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI DIPENULISAN AKAN DATANG..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011@2012 all right reserved by muhammad yamaluddin@diari hatiku